NIBONG TEBAL 16 Jan. - Penghuni beberapa buah rumah di Kampung Teluk Ipil di sini dilanda kegelisahan ekoran serangan ulat bulu sejak sebulan lalu.
Namun, keadaan menjadi lebih serius sejak seminggu lalu apabila ulat bulu sepanjang antara tiga hingga lima sentimeter yang mendiami pohon berembang di tepi Sungai Kerian di situ masuk ke dalam rumah penduduk.
Tinjauan Utusan Malaysia di kampung itu mendapati dua batang pohon berembang dan sebatang pokok kelapa di situ kehilangan daun akibat dimakan ulat bulu.
Menurut Siti Robiah Ismail, kehadiran ulat bulu mula dikesan bulan lalu apabila beberapa binatang kecil serangga berkenaan ditemui di lantai rumahnya yang terletak hanya 20 meter dari pokok itu.
"Kewujudan ulat ini semakin bertambah apabila semakin banyak yang merayap di rumah serta di pakaian yang dijemur di luar rumah.
"Malah anak saya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik kerana gatal dan miang terkena ulat bulu," katanya di sini hari ini.
Tambahnya, mereka hanya mampu menggunakan racun serangga untuk membunuh ulat bulu terbabit namun ia kurang berkesan.
Bagi Hindon Yasin, 65, serangan ulat bulu menyebabkan dia terpaksa menutup tingkap sepanjang hari bagi mengelaknya memasuki rumah.
"Keadaan lebih buruk pada waktu malam kerana ada kalanya ia merayap di atas tilam menyebabkan cucu-cucu saya diserang gatal dan miang.
"Kanak-kanak memang selalu kena sebab mereka suka bermain di luar rumah, kasihan tengok mereka tergaru-garu sebab miang," ujarnya.
Sementara itu, bagi Mohd. Faizal Ahmad, 31, dia berharap pihak berwajib tampil menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.
"Mungkin mereka boleh tebang pokok berembang itu bagi mengelakkannya didiami ulat bulu atau menyembur racun serangga di kawasan ini.
"Keadaan ini menyusahkan kami kerana saudara-mara nak datang rumah pun tak selesa kerana terpaksa membersihkan ulat bulu," katanya.
Petikan diambil dari :utusan Malaysia 17/1/2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Panggilan Untuk Kecemasan
IBU PEJABAT POLIS DAERAH NEGERI PULAU PINANG (IPD) | |||||
NO DAERAH TEL/FAX | |||||
1 IPD Timur Laut | 04-218 1822 | ||||
(F) 04-228 6503 | |||||
2 IPD Barat Daya | 04-866 9222 | ||||
(F) 04-866 8822 | |||||
3 IPD Seberang Perai Utara | 04-332 2222 | ||||
(F) 04-324 0010 | |||||
4 IPD Seberang Perai Tengah | 04-538 2222 | ||||
(F) 04-537 5368 | |||||
5 IPD Seberang Perai Selatan | 04-582 4222 | ||||
(F) 04-582 0787 | |||||
BALAI POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN | |||||
NO TELEFON BALAI POLIS | |||||
1 Bukit Tambun | 04-588 7204 | ||||
2 Nibong Tebal | 04-593 1404 | ||||
3 Simpang Ampat | 04-588 7300 | ||||
4 Sungai Bakap | 04-582 4404 |
HOSPITAL
Hospital Seberang Jaya | No. Telefon : 04-3983333 | ||||
Bandar Baru | No. Fax : 04-3970754 | ||||
Jalan Tun Hussein Onn | |||||
10450 Seberang Jaya | |||||
Hospital Sungai Bakap | |||||
Seberang Perai Selatan | |||||
14200 Sungai Jawi | |||||
No. Telefon : 04-5824333 | |||||
No. Fax : 04-5822494 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan