.

KEMPEN TAMBAH AHLI PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN SG.KECHIL KINI DIBUKA JOM DAFTAR !!!

Jumaat, 15 Julai 2011

Siapa Sebenarnya Ambiga – Presiden BERSIH 2.0?

KUALA LUMPUR 25 Jun — Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini. Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut. Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

“Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,” katanya kepada Bernama.
Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga. Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing. “Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka,” katanya.

Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi “kekotoran” dalam parti pembangkang. “Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya. — BERNAMA


Tambahan (bawah) dipetik dari - http://ikhmalyusoff.blogspot.com/2011/07/follow-armbigger.html

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Tambahan (bawah) dipetik dari http://barlisuam-87.blogspot.com/2011/07/bersih-20-hukum-berjuang-dibelakang.html dan http://mahaguru58.blogspot.com/

Apa pandangan Ustaz Fathul Bari? Seorang ilmuan Salafi tentang perancangan puak puak yang kebanyakannya terdiri dari ahli ahli dan penyokong parti berlabel Islam turut sama mahu berdemonstrasi menentang Kerajaan Malaysia sekarang ini dengan berpimpinkan seorang kaffir harbi ~ Ambiga Sreenevasan!


Ambiga Sreenevasan yang terkenal dengan perjuangannya menentang kerajaan berteraskan umat Islam dan memperjuangkan kebebasan untuk murtad dikalangan umat Islam yang jahil atau lemah didalam aqidah mereka seperti didalam kes Azalina Jailani @ Lina Joy.

Takkan sebegitu jahil puak puak ini yang tidak menghiraukan sejarah permusuhan Ambiga dan kelompoknya terhadap kita, umat Islam di Malaysia?

Apakah sudah kemaruk sangatkah mereka ini yang berlabelkan parti politik Islam sehingga sanggup berpakat dengan golongan manusia kaffir harbi sama serupa dengan perangai Syaitan Laknatullah untuk menjatuhkan Kerajaan sedia ada tanpa menunggu peluang mereka didalam pilihanraya umum yang ke 13 tak berapa lama lagi?

Agenda Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok dan segala mereka yang memerangi Agama dan umat Islam secara halus dan terbuka sudah sekian lama didedahkan oleh para pejuang Islam melalui media perdana dan sosial seperti didalam blog blog dan portal maya.

Sepertimana dijelaskan oleh Ustaz Fathul Bari dan kebanyakan ilmuan agama kita yang lain bahawa adalah haram bagi mana mana umat Islam bersekongkol dengan puak kaffirin untuk menjatuhkan dan menghapuskan kuasa kepimpinan Islam didalam Kerajaan Malaysia.

Hadis Sahih Riwayat Ta'rif Abi Tamima bahawa Jundab Radhiallahu Anhu menyampaikan bahawa ia telah mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda:

"Barangsiapa yang menyusahkan masyarakat dengan membuat angkara dan menimbulkan kesusahan, maka ianya akan disusahkan dan disulitkan keadaan nya oleh Allahu Ta'ala!"

Mereka yang berbuat demikian adalah menjadi pencacai Ambiga Sreenevasan dan gerombolan IFCnya yang sentiasa berusaha untuk menjahanamkan kuasa dan kedudukan umat Islam seMalaysia.

Semenanjung Tanah Melayu ini sahaja yang masih tinggal sebagai benteng terakhir untuk umat Islam kekal hidup bebas aman selesa menjalani kehidupan secara Muslim dirantau Asia ini.

Walaupun agak ramai yang sudah hanyut leka didalam kehidupan yang jauh dari tuntutan Ad Deenullah didalam suasana kehidupan moden berciri cirikan kebebasan cara hidup Barat kerana sudah kaya raya dan bersenang lenang hasil pencapaian mereka di alam duniawi kapitalis, masih kukuh institusi keagamaan didalam hati dan sanubari kebanyakan umat Islam di Tanah Melayu ini.

Sepatutnya umat Islam seMalaysia bersatu teguh membangunkan tamadun Islam berciri cirikan warisan Melayu yang bersejarah tetapi hari ini sudah ramai yang termakan umpan dan hasutan Iblis Iblis Laknatullah didalam bentuk golongan manusia manusia kaffir seperti Ambiga dan sekutu sekutu nya didalam gabungan haram BERSIH 2.0.

Apakah mereka yang mahu melembukan diri sendiri bersedia menjadi pencacai penyebab kehancuran negara kita dengan membuta tuli memenangkan agenda jahat Ambiga dan sekutu sekutunya?

Demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam, setiap Muslim yang waras sepatutnya memerangi mereka ini dengan segala kudrat yang ada!

P/S : Sila maafkan jika entri COPYPASTE, sekadar melengkapkan artikel mengenai AMBIGA yang disokong oleh kebanyakkan pemimpin dan umat Islam. Semoga menambah Ilmu bagi mereka yang masih belum mengenali siapakah AMBIGA dan hukum bekerjasama dengan beliau, renung dan fikir-fikirkanlah.

Khamis, 16 Jun 2011

Rancangan Jahat Semakin Menonjol

Agenda DAP telah terserlah mahu mempolitikkan Masjid supaya melayu Pulau Pinang berpecah belah bagi meneruskan agenda seterusnya bagi mengekalkan penguasaan DAP dapat diteruskan di Pulau Mutiara.Pencalonan jawatankuasa masjid akan diteliti oleh pengikut tegar DAP pastinya melayu yang bertopengkan Syaitan dan mengenal  pasti yang dipilih bukan dari ahli umno atau sekutu dengannya.


Melayu yang sebegini adalah umpama duri yang akan menghancurkan umat islam di Pulau Mutiara.Berikut adalah apa yang ditafsirkan oleh rakan blogger Anak Seberang. 


Inilah antara dua wajah dari ramai yang tersingkir sebelum bertanding akibat permainan kotor Rejim DAP yang menguasai Pulau Pinang dalam mengadakan pilihanraya Masjid. Mereka tewas sebelum bertanding disebabkan borang pencalonan mereka ditolak dengan tiada alasan yang kukuh namun AS yakin ini disebabkan hanya kerana mereka pemimpin UMNO.

Seperti yang AS jangkakan, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dengan mudah mempergunakan institusi Islam. MAIPP bertindak mengikut telunjuk DAP dengan mencantas nama nama calon pengerusi dan jawatankuasa yang pro UMNO yang telah menawarkan diri untuk bertanding.

Pengerusi Qariah Masjid Kampung Besar dan Pengerusi Qariah Masjid Sungai Kechil Yang kedua-duanya dalam Parlimen Tebal telah di cantas nama mereka oleh MAIPP. Menurut info, Pejabat Agama Daerah SPS yang dibawah MAIPP telah bertindak arahan dari 'tangan ghaib' yang dipercayai pemimpin politik pakatan haram. Majoriti pentadbir di pejabat Agama juga sebenarnya tidak setuju dengan peraturan baru ini, namun mereka terpaksa juga menurut arahan 'pihak atasan' demi menjalankan tugas.


Secara peribadi saya sebagai anak Qariah sangat  mengenali dan agak rapat dengan  Individu ini. Walaupon antara kedua-dua kampung ini tidak jauh,Mereka mempunyai peribadi dan nilai nilai murni pemimpin masyarakat di Qariah mereka serta disegani oleh masyarakat kampung .bagi pengerusi JKKKP sungai kechil kami selaku anak Qariah menyokong penuh dibelakang Tuan Hj. Edaharuddin B. Hj. Jaafar PPN.,PKT.,PJK.

jgn biarkan umat islam berpecah dek kerana  impian kotor  DAP yg dibantu oleh bangsa  melayu ugama islam  yang berfikran  sempit dan hati busuk..







kecewa dengan sikap (MAIPP)


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman melahirkan rasa kesal dan kecewanya dengan sikap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana bertindak mengikut telunjuk kerajaan DAP Pulau Pinang yang terang-terangan merancang kehancuran dan memecah belah orang Melayu.

Tegasnya ini berikutan senarai nama yang dipaparkan untuk pilihan raya masjid jelas tidak adil.

Jelas beliau setakat ini enam buah masjid Seberang Prai Selatan telah mengeluarkan senarai calon dan calon-calon yang mempunyai jawatan dalam UMNO ataupun ada kena mengena dengan kerajaan pusat semuanya ditolak.

“Walaupun calon tersebut sebelum ini memang memegang jawatan di dalam kariah namun pencalonan mereka ditolak tanpa sebarang alasan kerana mereka adalah orang UMNO.

‘”Mereka yang selama ini telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang prejudis walaupun berlainan fahaman politik, disingkirkan hanya kerana mereka orang UMNO. Inilah yang saya kesalkan dan telah menduga dari awal akan terjadi. Kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai agenda politik terancang apabila mewujudkan pilihan raya masjid ini”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ibarat “sudah terang lagi bersuluh” beliau seterusnya menegaskan DAP sebenarnya hanya mahu memecah belahkan umat Islam dan orang Melayu di negeri ini.

“Adakah mereka rasa orang UMNO tidak layak untuk mentadbir masjid? Sebelum ini, sesiapa sahaja yang layak boleh memegang jawatan tanpa dikira fahaman politik.

“Mereka mentadbir masjid dengan baik tanpa ada unsur politik. Tetapi apa sudah jadi sekarang ini. Adakah kita sebagai orang Melayu harus membiarkan DAP memperkotak katikkan kita dan juga rumah ibadat kita yang menjadi tempat perpaduan ummah selama ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Nibong Tebal seterusnya menjelaskan, UMNO Pulau Pinang sedang mengumpul maklum balas dari 300 buah masjid yang terdapat di 13 buah Parlimen di negeri tersebut memandangkan senarai nama calon dikeluarkan secara berperingkat.

“Setakat ini, enam buah masjid telah dikenal pasti berlakunya ketidak adilan malah ada masjid yang bertukar teraju kepimpinan tanpa bertanding selepas pencalonan penyandang jawatankuasa kariah sedia ada ditolak. Saya benar-benar kesal dengan apa yang terjadi. Tindakan DAP ini amat keterlaluan dan melampaui batas.

“Ternyata DAP telah memanipulasikan sistem pilihan raya masjid ini agar agenda kotor mereka tercapai. Selepas ini, apa akan jadi terhadap masjid-masjid ini. Sudahlah mereka derhaka dan tidak menghormati Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Ketua Agama Islam, sekarang mereka tolak calon yang ada kena mengena dengan UMNO.

“Kita amat berharap, pilihan raya masjid ini ditangguhkan dan seterusnya dibatal demi menjaga keamanan dan perpaduan Umat Islam di Pulau Pinang,” katanya .

Beliau menjelaskan, selaku ketua UMNO di negeri tersebut, beliau tidak akan berdiam diri dan akan berjuang habis-habisan demi menjaga keamanan dan kemuliaan agama Islam.

“Kita parti UMNO sentiasa menjaga kemuliaan agama Islam selaku agama rasmi dan tidak pernah mempolitikkan semua yang berkenaan agama Islam. Pemilihan kariah masjid juga selama ini tidak bersandarkan orang UMNO sahaja.

“Di masjid, kita dapat lihat perpaduan ummah tanpa ada campur tangan politik. Kita boleh menyelesaikan masalah walau berlainan fahaman politik. Kini, segalanya berubah dek kerana DAP yang terlalu takutkan umat Islam bersatu padu. Mereka tahu, sekiranya umat Islam bersatu, mereka pasti akan tumbang. Oleh itu, mereka merancang pilihan raya masjid ini kerana inilah kunci untuk memusnahkan umat Islam,” jelasnya. – MediaUMNO.

Rabu, 8 Jun 2011

Pilihan Raya Masjid:UMNO pulau pinang akan menghadap Agong


BUTTERWORTH 7 Jun - Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi merayu perkenan Seri Paduka supaya pilihan raya masjid di Pulau Pinang ditangguhkan dan dikaji semula demi menjaga keharmonian institusi Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, atas kapasiti Tuanku Mizan sebagai Ketua Agama Islam di Pulau Pinang, pihaknya merayu supaya keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan pilihan raya itu dikaji sedalam-dalamnya kerana melibatkan kepentingan umat Islam.

"Sudah wujud kegelisahan dalam kalangan masyarakat Islam termasuk anak-anak kariah yang bimbang terhadap suasana masjid yang mahu dijadikan pentas mencari pengaruh politik partisan.

"Kita akan ajukan rayuan mengenai perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Seri Paduka untuk meneliti perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia Isnin lalu menyiarkan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatan kuasa masjid mulai tahun ini iaitu perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Keputusan itu mendapat bantahan ramai pihak yang menyifatkan ia agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid sebagai pusat perpaduan umat Islam khususnya di Pulau Pinang.

Zainal Abidin berkata, pilihan raya masjid itu bukan sahaja bermotifkan politik malah bakal mengheret jawatan kuasa kariah masjid dalam kancah perpecahan apabila wujud aktiviti berkempen, mengadu domba serta memburuk-burukkan antara satu sama lain.

Malah katanya, kaedah pelaksanaan pilihan raya itu juga sangat lemah dan longgar sehingga boleh menimbulkan rasa syak wasangka dalam kalangan kariah masjid sekali gus memungkinkan perseteruan serius berlaku.

"Lebih penting, masjid mahu dijadikan tempat membuang undi sedangkan ia tempat beribadat dan tempat untuk meluaskan syiar Islam. Pilihan raya ala politik ini hanya akan meniupkan api perpecahan dan perbalahan," tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kaedah pemilihan sebelum ini yang menekankan konsep musyawarah dalam kalangan anak kariah dari surau-surau setiap kampung mahu diubah secara tiba-tiba sedangkan ia terbukti berkesan menjaga keharmonian jawatankuasa masjid.

Katanya, sistem sedia ada yang diamalkan sejak lebih 50 tahun lalu membolehkan wakil dari setiap kampung menduduki jawatankuasa masjid supaya apa jua aktiviti dapat dilakukan dengan penglibatan menyeluruh masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

"Pada masa sekarang pun, ahli jawatankuasa masjid bukan dikuasai mana-mana parti politik, malah mereka boleh duduk bersama-sama atas semangat persaudaraan. Kenapa suasana harmoni ini mahu dirosakkan?

"Justeru, kita minta anak-anak kariah di Pulau Pinang supaya berfikir dengan kebijaksanaan, jangan biar pihak tertentu menjadikan kita alat untuk merosakkan perpaduan sesama umat Islam," jelasnya.

Khamis, 26 Mei 2011

perlawanan bola sepak MAN UTD dan BARCELONA

Perlawanan Bola Sepak Juara-Juara Club Eropah MAN UTD Menentang BARCELONA
Live Di Screen Layar Wakaf Che Not Dijemput Datang Beramai-Ramai Menonton.....

Khamis, 19 Mei 2011

Paras air laut meningkat akibat pemanasan global ancam 7 kawasan di Malaysia

JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.
Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.
Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun

Pulau Pinang terselamat risiko paras laut naik

GEORGETOWN: Pusat Kajian Pantai, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) mendapati Pulau Pinang tidak menghadapi risiko peningkatan paras air laut kerana hanya mencatat kenaikan 2.33 milimeter (mm) setahun.
Pengarahnya, Ir Mohd Radzi Abdul Hamid, berkata pihaknya melakukan kajian di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang melalui Stesen Tolok Pasang Surut yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan pemantauan satelit.
“Kita akui ada peningkatan tetapi ia tidak memberi impak yang besar atau memberi gangguan kepada kawasan penduduk, pertanian dan perumahan.
“Hanya ada kenaikan di empat lokasi iaitu Sungai Sarawak, Sarawak; Kuala Kedah, Kedah; Kuala Terengganu, Terengganu dan Sandakan, Sabah dengan catatan 0.5 meter pada 2010, tetapi masih awal (kemungkinan ditenggelami) dan tidak memberi sebarang risiko," katanya ketika dihubungi.
Sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara dikatakan meningkat purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.
Mohd Radzi berkata, pihaknya menjalankan kajian lanjut mengenai peningkatan paras laut bagi membolehkan tindakan diambil.
“Semua kajian yang dilakukan masih awal dan baru-baru ini kami membuat lawatan ke kawasan yang sudah dikenal pasti bagi melihat kesan dan risiko pada masa depan.
“Kajian terperinci dijangka dapat diketahui sebelum akhir tahun ini dan kenaikan bukan saja dialami di Malaysia tetapi membabitkan seluruh dunia,” katanya

Sabtu, 14 Mei 2011

Keputusan kes Anwar esok

KUALA LUMPUR 14 Mei - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui nasibnya Isnin ini dalam perbicaraan di mana beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan sama ada Anwar akan diminta membela diri atau dibebaskan.
Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.
Peguam utama Anwar Karpal Singh, ketika dihubungi berkata, beliau bersedia bagi sebarang kemungkinan dan telah menyiapkan persediaan jika Anwar diperintah membela diri.
"Saya tidak berminat untuk membuat spekulasi mengenai keputusan itu dan berharap mahkamah akan mengambil pertimbangan pada sesetengah kekurangan dalam kes pendakwaan," kata Karpal.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008 kerana kesalahan persetubuhan di luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Sungguhpun pasukan pembelaan pada mulanya berjaya memohon untuk kes itu didengar di mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2009, membenarkan rayuan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.
Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Perbicaraan itu yang bermula pada 3 Februari tahun lepas, di mana Mohd. Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.
Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamah secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberi keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.
Malah Mohd. Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.
Mohd. Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.
Pendakwaan memanggil 27 saksi termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd. Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.
Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon bahawa profil DNA 'lelaki Y' didapati di dubur Mohd. Saiful yang pada hakikatnya adalah milik Anwar. - Bernama

Jumaat, 13 Mei 2011

65 Tahun UMNO bela Rakyat


Kuala Lumpur, 12 Mei- Kalau sejak mula dilahirkan pada tahun 1946, matlamat utama kelahiran dan perjuangannya ialah memerdekakan Negara, meninggikan syiar Islam, memartabatkan bangsa dan mendaulatkan Negara, hari nie setelah 65 tahun berlalu, perjuangan UMNO telah banyak tercapai dan tetap menjadi inti pati masa depan.

Ketua Penggerang, Mohd Amin Hamidon berkata kalau ada membezakan perjuangan UMNO dahulu dan sekarang  ialah UMNO dahulu hanya sebuah pertubuhan siasah tetapi bertukar menjadi parti yang menjadi tulang belakang sebuah kerajaan dan pemerintahan Negara.
“Perjuangan pemimpin UMNO terdahulu perlu disemat di dalam setiap diri agar parti yang menunjangi BN terus bergerak maju ke hadapan khususnya untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.
“Seluruh ahli dan kepimpinan UMNO di semua peringkat dinasihatkan agar menjadikan UMNO sebagai sebuah gerakan politik yang berpaksikan kepentingan rakyat.“Kejayaan UMNO bertahan sehingga 65 tahun menjadikan parti itu lebih eksklusif dalam memperjuangkan hak rakyat.
“Adalah wajar seluruh ahli UMNO dapat memegang dan menjadikan kata-kata dan amanah daripada Presiden parti itu sebagai satu inspirasi untuk memastikan segala gerak langkah yang diatur selepas ini menjurus ke arah pengukuhan sebuah institusi dan parti yang mantap,” ujarnya kepada UMNO-Online sempena ulangtahun UMNO ke-65 tahun.
Tambahnya, kesetiaan terhadap perjuangan dan barisan kepimpinan merupakan salah satu asas kekuatan serta kemantapan UMNO.
“Kesetiaan merupakan prinsip yang digunapakai dan diamalkan oleh ahli UMNO itu jugalah yang membolehkan UMNO kekal sehingga ke hari ini.
“dan kesetiaan terhadap perjuangan dan barisan kepimpinan telah mendorong ahli parti pada semua peringkat bagi menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Perjuangan kita meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan kebijaksanaan barisan kepimpinan memastikan rakyat terus yakin dan percaya kepada UMNO,” katanya – MediaUMNO

Selasa, 3 Mei 2011

Sejarah Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang adalah sebuah Jambatan menghubungkan antara Pulau Pinang dan seberang perai.Pembinaan jabatan pulau pinang adalah hasil usaha dari pemimpin kerajaan BARISAN NASIONAL ketika itu untuk memastikan kemajuan dan pembagunan dikawasan pulau pinang sebagai hub industri.pembinanan jambatan ini juga menelan kos RM 850 juta menyebabkan ramai penkritik dan juga pihak pembangkang menyifatkan projek jambatan pulau pinang sebagai satu projek pembaziran wang rakyat ketika itu.jika dahulu sebelum pembinaan jambatan,masyarakat dari seberang perai ketika itu menggunakan feri sebagai jalan altenatif ke pulau pinang.setelah siap jambatan pulau pinang kebanyakkan pengankutan menjadi mudah apabila hasil dari pulau pinang dan juga hasil dari seberang perai boleh dibawa mengunakan laluan jambatan sebagai jalan perantraan dengan lebih mudah dan cepat.tempoh siap jambatan ini mengambil masa hanya 3 tahun sahaja.iaitu dari tahun 1982 hingga 1985 dan mendapat pencapaian kejuruteraan cemerlang kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.dibina oleh Hyundai Engineering & Construction. Co. Ltd, Korea.
Utk pengetahuan semua, jambatan Pulau Pinang ini mula dibuka pada 14 September 1985 utk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan ini adalah 13.5 km, yg menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia dan di Asia ketika itu.

Pandangan Jambatan Pulau Pinang

Di awal Pembinaan
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang
dan Menteri Kerja Raya bersama isteri masing-masing sewaktu perasmian
Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam atas Jambatan Pulau Pinang
Orang ramai diberi peluang berjalan diatas Jambatan Pulau Pinang

 
Tarikh-tarikh penting:
  • Awal 1970-an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
  • Akhir 1970-an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
  • 23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
  • 1982 - pembinaan bermula
  • 3 Ogos 1985 - perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
  • 14 September 1985 - pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam

Isnin, 25 April 2011

Anwar Lelaki Y

ANWAR Ibrahim hadir di mahkamah bagi mendengar penggulungan kes liwat terhadap bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari di Mahkamah Tinggi Jenayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.
Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.
Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.
''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.
Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan tertuduh perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.
Selain itu, beliau menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.
Niat tertuduh untuk melakukan perbuatan tersebut juga jelas kelihatan pada beberapa insiden yang berlaku sebelum dan pada hari kejadian.
Mohd. Yusof menyatakan, tertuduh berulang kali meminta Mohd. Saiful Bukhari untuk datang ke Kondominium Desa Damansara malah pada hari kejadian, Anwar sekali lagi mengingatkan pengadu agar ke tempat kejadian dengan membawa gel pelincir, KY Jelly.
''Tertuduh boleh berbincang mengenai jadual kerjanya dengan mangsa sewaktu masih berada di pejabat tetapi dia tidak berbuat demikian malah turut meminta Mohd. Saiful Bukhari membawa KY Jelly. Apa perlunya diminta membawa pelincir tersebut sekiranya hanya ingin berbincang mengenai jadual kerja?'' katanya.
Sepanjang perbicaraan selama 57 hari, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.
Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok.

Liwat: Keputusan panggil Anwar bela diri 16 Mei

26/04/2011 11:28am

KUALA LUMPUR 26 April – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 16 Mei ini bagi membuat keputusan sama ada memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - Sumber Utusan Malaysia

Khamis, 14 April 2011

Polis kenal pasti lelaki dalam video seks




KUALA LUMPUR 14 April - Polis telah mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China dalam rakaman video yang didedahkan oleh trio Datuk T baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, identiti lelaki berkenaan dikenal pasti setelah polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk merekodkan keterangan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dikaitkan dengan video berkenaan.
"Polis telah mengetahui siapa lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video itu, tetapi tidak perlu saya dedahkan nama individu terbabit.
"Identiti lelaki berkenaan dikenal pasti melalui bukti dan fakta yang kukuh selepas pakar mengesahkan video itu adalah sahih. Berkenaan perempuan itu, pasukan siasatan lebih mengetahui," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Tambahnya, rakaman yang diserahkan oleh trio Datuk T itu juga akan dianalisis oleh pakar-pakar lain termasuk dari dalam dan luar negara.
Selain enggan mendedahkan identiti lelaki berkenaan, Ismail turut tidak menjelaskan lokasi rakaman itu dibuat dan pihak yang mendalanginya kerana mengikut prosedur siasatan ia tidak boleh diberitahu ketika ini.
Ditanya sama ada lelaki yang melakukan seks dalam rakaman tersebut akan dikenakan tindakan, beliau berkata, polis serta pendakwa raya akan menyemak dari pelbagai sudut setelah siasatan selesai dilakukan.
Ismail memberitahu, polis juga setakat ini belum menerima maklumat berhubung pendaftaran pembelian jam tangan jenama Omega daripada pengedarnya.
"Tetapi kita percaya, maklumat pembelian jam itu akan diserahkan oleh pengedarnya dalam tempoh terdekat,'' ujarnya.
Katanya, siasatan mengenai rakaman video seks itu dijangka dapat diselesaikan minggu hadapan sebelum kertas siasatan diserahkan semula kepada Pejabat Pendakwa Raya.

SUMBER DARI UTUSAN MALAYSIA

Raja Petra Akui Terpedaya Dengan Janji Anwar Untuk Tubuh Kerajaan


KUALA LUMPUR: Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.
Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.
"Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual bahagian kedua itu itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
Raja Petra berkata kegagalan pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijamin oleh Anwar telah melunturkan harapan pengundi yang menyokong pembangkang.
Malah kata Raja Petra kabinet bayangan pun pakatan pembangkang tidak mampu tubuhkan.
"Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet. Anwar kata tidak perlu shadow kabinet..tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet. Tidak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah.
"Tapi sekiranya shadow kabinet pun kita tidak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet. Pengundi-pengundi ingin tahu," katanya.
Beliau berkata sekiranya sebagai pembangkang pun belum boleh buktikan kebolehan mereka, bagaimana pengundi hendak yakin bahawasanya pembangkang boleh menjadi kerajaan.
"Sebab menjadi pembangkang lebih senang, kerana apabila kita jadi pembangkang, kita membangkang saja, kita tak perlu laksanakan. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kita perlu laksanakan apa yang kita kritik semasa kita menjadi pembangkang," katanya.
Raja Petra berkata: "It is not so easy...kritik senang. Melaksanakan apa yang kita cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau sebagai pembangkang pun gagal, sudah tentu rakyat kurang yakin sebagai satu kerajaan."

Justeru Anwar sudah hilang kredibiliti dan gagal sebagai seorang pemimpin, katanya.
Beliau berkata janji-janji kosong yang ditaburkan oleh Anwar, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Anwar.
Malah katanya dalam pakatan pembangkang pun, Anwar tidak dihormati dan ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.
"Jadi di sini nampaknya Anwar gagal menjaga parti-parti komponen...dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tidak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi," katanya.
Raja Petra berkata selain itu, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

"Dalam kerajaan negeri Selangor saja, perselisihan faham antara PAS, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) amat ketara.
"Misalan di Selangor, (Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr) Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar PAS. PAS kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang PAS tidak terima.
"Jadi di dalam PAS pun, mereka tak bersatu. DAP pulak mengatakan tidak boleh...jadi kecoh," katanya.
"Contohnya, dalam isu penjualan arak di Selangor. Kita ambil satu isu saja, beer misalnya, orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tidak boleh rampas. What is the policy (apakah dasarnya yang sebenar)?," katanya.
Raja Petra berkata Anwar yang sepatutnya jadi penasihat ekonomi kerajaan Selangor, "ada pernah ke Anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi Anwar diam."
"Sementara di bawah bergaduh, itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik... a leader knows how to control his soldiers (seorang pemimpin tahu bagaimana untuk mengawal pegawainya)," katanya.
Beliau berkata selepas tiga tahun berkuatkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.
Kini "ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned...mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang," katanya.
Menyentuh mengenai kes liwat yang dihadapi Anwar, Raja Petra mendakwa ianya banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
"Sekarang ini kebanyakan orang keliru sebab timbul isu postpone, pergi mahkamah , postpone. Orang tidak mampu follow.
"Kita kena faham. Bukan semua orang lawyer. Kadang-kadang lawyer sendiri pun keliru, lagikan pulak orang macam kita yang bukan lawyer. So lama-lama orang dah tidak boleh ikut kes ini. Too confusing, tidak tahu what is going on, baik selesai saja kes ini once and for all," katanya. - BERNAMA

DATUK SERI NAJIB MEMBERI NASIHAT KEPADA RAKYAT MIRI !!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penduduk Sarawak akan mempunyai masa depan yang lebih baik di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), iaitu sebuah kerajaan yang mempunyai masa depan dan matlamat yang jelas.

"Anda mempunyai masa depan yang cerah, jangan biarkan ia berlalu pergi. Kami telah pun merangka masa depan bagi tempoh 10 tahun akan datang, satu rangka tindakan menyeluruh ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat.

BERNAMA melaporkan Beliau menasihati penduduk Miri agar tidak terburu-buru,sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada BN.

"Kami mahu sebuah kerajaan lebih kuat yang diwakili oleh semua kaum di Sarawak agar kita dapat bekerja bersama-sama demi masa depan Sarawak," katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan dan Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Turut hadir ialah calon BN,Datuk Lee Kim Shin bagi kerusi DUN Senadin, Andy Chia (DUN Pujut), Rosey Yunus (DUN Bekenu) dan Ripin Lamat (DUN Lambir).Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi jaminan kepada rakyat bahawa peralihan kuasa di Sarawak akan berlaku dan ia akan dilaksanakan dengan cara yang baik memandangkan pemimpin negeri ini telah mengumumkan rancangan untuk melepaskan jawatan apabila tiba masanya.

"beliau (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) perlu menyediakan pemimpin pelapis seterusnya untuk mengambil alih kepimpinan dalam memastikan kestabilan yang berterusan di negeri ini.Saya boleh beri jaminan ia akan berlaku. Ia akan berlaku. Jangan jadikan ini isu," tegas Perdana Menteri.

Beliau berkata kerajaan persekutuan akan turut membantu dan memberi sokongan kepada penduduk Sarawak dalam membuat persiapan ke arah masa depan mereka.Perdana Menteri menegaskan tiada kerajaan alternatif yang lebih baik daripada BN dan menurutnya pertumbuhan ekonomi dan keyakinan pelabur dan pihak luar terhadap Malaysia adalah bukti bahawa Malaysia di bawah BN mempunyai masa depan baik.

Katanya beberapa pilihan raya kecil yang diadakan di seluruh negara baru-baru ini yang memberikan kemenangan besar kepada BN juga membuktikan sokongan sudah kembali kepada BN.Oleh yang demikian beliau menggesa rakyat Sarawak untuk bekerjasama dan berganding bahu dan berada dalam kerajaan untuk menggerakkan Sarawak khususnya dan negara amnya ke tahap kemajuan lebih tinggi.Beliau juga yakin rakyat di negeri ini akan mendapat banyak faedah apabila Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) dilaksanakan sepenuhnya.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut membidas DAP yang telah melabelkan pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai "Orang Utan",menyatakan mereka kejam dan tidak seperti pemimpin SUPP yang bersifat budiman dan berpengalaman dalam berkhidmat kepada rakyat.

Mengenai pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Anwar telah kehilangan kewibawaannya,meskipun dalam kalangan sekutunya sendiri.Beliau berkata rancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan pada 16 Sept, 2008 adalah pembohongan paling besar yang dilakukannya dalam abad ini.

Khairy Yakin BN Dapat Kepercayaan Pengundi Bentuk Kerajaan Negeri



Kuching 15 April – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yakin parti itu akan dapat membentuk kerajaan negeri pada 16 April ini setelah mendapat mandat daripada rakyat untuk meneruskan kecemerlangan pembangunan di negeri tersebut.
Menurut beliau, hasil penelitian dan melihat perkembangan sokongan daripada pengundi, BN bukan sahaja akan dapat membentuk kerajaan malah akan menggagalkan hasrat pembangkang untuk menafikan dua pertiga majori kemenangan BN nanti.
“Sekiranya pembangkang sendiri tidak mahu akui boleh menang, kenapa kita (pengundi) nak pilih mereka lagi sedangkan apa jua pembangunan di negeri ini adalah hasil usaha keras pemimpin BN untuk kesejahteraan rakyat.
“Pembangkang ini umpama manusia dua kepala yang mana masing-masing dengan hala tuju sendiri dan tidak ada kesepakatan. Pertembungan sesama sendiri. Berbanding dengan BN, kita daripada semenanjung datang bukannya untuk mengajar tetapi untuk membantu BN di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian projek tebingan Sg Bintangor & Pelancaran Projek Heritage Trail kg Masjid ke kg Bintangor,yang disempurnakan oleh Datuk Abang Johari Tun Hj Abang Openg, di sini, malam tadi.
Khairy seterusnya menambah, budaya kempen pembangkang mencemari kempen pilihan raya negeri apabila ianya  penuh dengan budaya fitnah dan caci maki.
“Kita perlu tolak mereka yang yang lempar fitnah dan janji macam-macam. Kalau kita dengar ceramah mereka,  mungkin kita akan jatuh cinta kerana mereka janji bintang dan langit.Namun apakah yang dijanjikan itu suatu yang realiti. Cuba tengok di Selangor, Pulau Pinang dan negeri lain yang diperintah mereka hari ini.
“Justeru pengundi kena tolak pembangkang ini. Kalau rakyat Sarawak mengundi mereka, bukan sahaja janji tidak ditunaikan, malah tidak membela rakyat dan tidak  membela orang susah,” katanya.

Raja Petra Nafi Tuduh Najib Atau Rosmah Terlibat Kes Pembunuhan Altantuya



Kuala Lumpur, 13 April – Pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.
Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka mendesak tindakan itu diambil bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meletakkan jawatan.
“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu tempat hutan. Dan saya dok fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
Raja Petra berkata dalam Akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.
“Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini.
“Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan.
Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata: “Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi, dan untuk orang-orang ini ke depan.
“Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis,” katanya.
Raja Petra berkata individu yang memberinya maklumat tersebut terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.
Selain itu, seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
Beliau berkata dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kepada Nik Azmi kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu dan bertanya “Apa yang kau harapkan untuk dicapai? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak sekat Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah.”
Raja Petra berkata beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar.
“Din Merican pun hubungi saya balik, dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi lampu hijau. Dia kata okey, orang ini tak ada masalah, apa dia cakap kita boleh percaya.
“Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar..Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini…dia kata teruskan. Saya pun teruskan,” katanya.
Raja Petra berkata kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.
Sementara itu, TV3 akan menyiarkan sambungan temu bual ekslusifnya dengan Raja Petra esok dalam Buletin Utama pukul 8 malam.

Khamis, 7 April 2011

BN Lancar Manifesto “Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN”

Manifesto BN...Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama kepimpinan yang lain   menjulang manifesto BN bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ketika majlis pelancarannya di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) dekat Kampung Bandong. Turut hadir calon BN DUN, N.49 Nangka, Dr Annuar Rapaee (kiri) dan calon BN kerusi DUN N.47 Bawang Asan, Datuk Seri Wong Soon Koh (kanan).Foto-Bernama


SIBU 7 April  -  Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifestonya bertemakan “Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN” bagi menghadapi pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.

 Manifesto itu mengandungi sembilan perkara iaitu:

1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak
2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum
3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua
4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua
5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita
6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara
7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik
8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan
9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia
Pelancaran itu diumumkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan MUC, Kampung Bandung, di sini, sebentar tadi.

Tolak Pembangkang, Perkukuh BN

KUCHING, 6 April – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusuf menyeru jentera BN untuk terus memperkukuhkan parti bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Katanya, jentera parti perlu terus melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh tanpa ada rasa leka agar parti-parti pembangkang tidak mempunyai ruang dan peluang atas kelemahan yang ditimbulkan oleh mereka.
“Pembangkang tentunya akan membuat pelbagai tipu muslihat dan putar belit supaya rakyat tidak senang dengan BN dan terus menolak kita, jadi kita perlu tangkis semua spekulasi dan terangkan kepada para pengundi,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menjelaskan bahawa BN telah realitikan setiap apa yang dikata sedangkan pembangkang hanya tahu melaungkan janji dan kata-kata manis kepada rakyat.
“Kita lihat bagaimana mereka mainkan propaganda berkaitan pakatan pembangkang sedangkan mereka tidak sepakat. BN tidak begitu kerana telah laksanakan dengan satu lambang bagi menghadapi pilihan raya sebaliknya, Pas dengan bulannya, DAP dengan roketnya manakala PKR dengan matanya dan SNAP pula entah apa lambangnya.
“Isu pembangkang kata kita tidak ada pelapis juga adalah sesuatu yang tidak benar kerana kita telah buktikan bahawa calon-calon baru adalah orang muda yang mempunyai wibawa sebagai pemimpin,” jelasnya.
Tambah beliau lagi, BN sentiasa memberi ruang dan peluang kepada generasi muda untuk laksanakan transformasi dan transisi dalam kepimpinan dengan melihat setiap anggota dalam kompenan BN terus berkembang dan sentiasa relevan.
“Kita mewakili semua lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang sama ada profesionalisme, agama dan pendidikan yang menunjukkan kita menawarkan yang terbaik dari pucuk pimpinan hinggalah ke akar umbi.
“Calon kita adalah seseorang yang boleh berkhidmat tanpa mengira masa dan tenaga serta tahu apa yang akan dilaksanakan untuk kepentingan keseluruhan rakyat.”
Tegasnya, rakyat perlu terus memberi kembali mandat kepada BN agar segala perancangan berkaitan pembangunan, ekonomi, frasarana dan pelbagai perkara yang telah dirancangan untuk kesinambungan berterusan akan dapat dilaksanakan.
“Sekiranya BN tidak diberi mandat maka tentunya segala perancangan akan terjejas dan pada masa hadapan Negara akan ketinggalan,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau turut mengulas berkaitan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telahpun mengadakan turun padang bagi bertemu dengan para pengundi.
“Saya sudah mendapat maklumat berkaitan beliau yang mula bertandang berkunjung ke pekan-pekan dan kedai-kedai makan dan membuat sesi ceramahnya tetapi malangnya tiada sambutan dari khalayak kerana semua sudah tahu siapa Anwar Ibrahim.”
Katanya, ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak sendiri tidak mahu melayan kerenahnya yang hanya mahu menggula-gulakan rakyat untuk undi.
“Dalam hal ini, kita tidak pernah ambil peduli terhadap pakatan pembangkang kerana apa yang penting bagi kita adalah gerak kerja teratur dan memantapkan jentera BN bagi memastikan kita terus beroleh kemenangan,” katanya.
SELAMAT DATANG KE BLOG JKKKP SUNGAI KECHIL

Panggilan Untuk Kecemasan

IBU PEJABAT POLIS DAERAH NEGERI PULAU PINANG (IPD)

NO DAERAH TEL/FAX




1 IPD Timur Laut



04-218 1822





(F) 04-228 6503

2 IPD Barat Daya



04-866 9222





(F) 04-866 8822

3 IPD Seberang Perai Utara


04-332 2222





(F) 04-324 0010

4 IPD Seberang Perai Tengah

04-538 2222





(F) 04-537 5368

5 IPD Seberang Perai Selatan

04-582 4222





(F) 04-582 0787













BALAI POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

NO TELEFON BALAI POLIS




1 Bukit Tambun



04-588 7204

2 Nibong Tebal



04-593 1404

3 Simpang Ampat



04-588 7300

4 Sungai Bakap



04-582 4404

HOSPITAL

Hospital Seberang Jaya

No. Telefon : 04-3983333

Bandar Baru


No. Fax : 04-3970754

Jalan Tun Hussein Onn

http://hsbjy.moh.gov.my

10450 Seberang Jaya










Hospital Sungai Bakap




Seberang Perai Selatan




14200 Sungai Jawi





No. Telefon : 04-5824333




No. Fax : 04-5822494

Peta Kawasan Sungai Kechil

Pengikut