NIBONG TEBAL: “Saya memanggil namanya beberapa kali, namun abang masih tidak bergerak dan ketika itu mengesyaki dia sudah meninggal dunia,” kata Ramli Awang, 45, ketika menemui abangnya, Arsyad Awang, 55, yang terbaring kaku selepas terkena renjatan elektrik ketika mengait kelapa di rumahnya di Kampung Tengah, Sungai Setar Besar, dekat sini, semalam.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia keluar ke kedai berhampiran dan melihat abangnya sedang mengait kelapa menggunakan galah besi berhampiran rumahnya.
“Sebaik tiba di rumah kira-kira jam 10.30 pagi, saya tidak nampak abang dan terus pergi mencarinya di sekeliling rumah sebelum terkejut menemuinya terbaring dalam keadaan terlentang.
“Saya segera mendapatkannya dan cuba mengubah galah yang menghalang sebelum badan kiri saya juga terkena renjatan elektrik. Mujur saya sempat melepaskan galah itu kerana jika tidak, mungkin menerima nasib sama,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sungai Bakap, semalam.
Menceritakan kejadian itu, katanya, ketika ditemui tangan kiri abangnya kelihatan berasap dan melecur teruk menyebabkan dia terus memanggil ahli keluarga serta jiran sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.
Dia yang menerima rawatan pesakit luar kerana lenguh separuh badan berkata, Arsyad adalah anak sulung daripada lapan beradik dan sudah lama menduda selepas bercerai, malah terputus hubungan dengan bekas isteri serta anaknya.
Menurutnya, abangnya bertugas sebagai bilal di Masjid Al-Falah dekat sini, dan tinggal bersama ibunya, Teh Salleh, 84, sejak berpisah. “Arwah sering membantu menguruskan jenazah di kampung ini dan ketika waktu terluang sering melakukan pelbagai kerja kampung seperti mengait kelapa.
“Kelmarin, arwah menggunakan galah sama untuk mengait kelapa di kawasan berhampiran dan dia dipercayai terkena kejutan elektrik selepas sabit digunakan terkena wayar elektrik,” katanya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke HSB untuk dibedah siasat dan selamat dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Islam kampung itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada unsur jenayah..
Petikan dari: harian metro
http://www.hmetro.com.my
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Panggilan Untuk Kecemasan
IBU PEJABAT POLIS DAERAH NEGERI PULAU PINANG (IPD) | |||||
NO DAERAH TEL/FAX | |||||
1 IPD Timur Laut | 04-218 1822 | ||||
(F) 04-228 6503 | |||||
2 IPD Barat Daya | 04-866 9222 | ||||
(F) 04-866 8822 | |||||
3 IPD Seberang Perai Utara | 04-332 2222 | ||||
(F) 04-324 0010 | |||||
4 IPD Seberang Perai Tengah | 04-538 2222 | ||||
(F) 04-537 5368 | |||||
5 IPD Seberang Perai Selatan | 04-582 4222 | ||||
(F) 04-582 0787 | |||||
BALAI POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN | |||||
NO TELEFON BALAI POLIS | |||||
1 Bukit Tambun | 04-588 7204 | ||||
2 Nibong Tebal | 04-593 1404 | ||||
3 Simpang Ampat | 04-588 7300 | ||||
4 Sungai Bakap | 04-582 4404 |
HOSPITAL
Hospital Seberang Jaya | No. Telefon : 04-3983333 | ||||
Bandar Baru | No. Fax : 04-3970754 | ||||
Jalan Tun Hussein Onn | |||||
10450 Seberang Jaya | |||||
Hospital Sungai Bakap | |||||
Seberang Perai Selatan | |||||
14200 Sungai Jawi | |||||
No. Telefon : 04-5824333 | |||||
No. Fax : 04-5822494 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan