.

KEMPEN TAMBAH AHLI PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN SG.KECHIL KINI DIBUKA JOM DAFTAR !!!

Ahad, 30 Januari 2011

BN menang besar


LABIS 30 Jan. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.
Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.
Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.
BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.
Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.
Kemenangan calon BN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Md. Asri Amir di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, pukul 10.02 malam ini.
Menurut Md. Asri, sebanyak 67 peratus daripada keseluruhan 14,753 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ini.
"Maka, saya dengan ini mengisytiharkan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan DUN Tenang," katanya.
Peratusan keluar mengundi hari ini rendah disebabkan hujan lebat yang tidak henti-henti di seluruh kawasan DUN Tenang sejak awal pagi hingga tamat tempoh mengundi pukul 5 petang.
Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.
Pada PRU12, Allahyarham mendapat 6,367 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran yang memperoleh 3,875 undi.
Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN yang berada di dalam dan luar dewan sebelum beliau turut dijulang bagi meraikan kemenangan itu.
Turut meraikan kemenangan Mohd. Azahar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Tenang.
Selain itu, turut hadir meraikan kemenangan BN tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Bagaimanapun, Normala dan para pemimpin Pas lain tidak kelihatan di dalam dewan ketika pengumuman itu.
Ketika ditemui kemudiannya, Mohd. Azahar mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau menjadi wakil rakyat DUN Tenang.
Menurutnya, beliau akan memikul amanah itu dengan sebaik-baiknya bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.
Mohd. Azahar juga akan berusaha memastikan setiap janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil ini ditunaikan secepat mungkin.
"Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan juga kepada jentera BN yang bekerja keras siang dan malam. Insya-Allah saya akan berkhidmat sebaik mungkin sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.
"Tugasan pertama saya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir," katanya.

sudut berita diambil dari utusan malaysia
http://www.utusan.com.my

Khamis, 27 Januari 2011

Kuan Yew amal strategi bermusuh

Utusan Malaysia Online - Rencana



Oleh AZIZI JAMALUDIN MHD TAHIR

PANDANGAN sinis bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew terhadap umat Islam cukup jelik. Gesaan agar umat Islam Singapura 'tidak terlalu kuat berpegang pada ajaran Islam' merupakan natijah kebebalan beliau yang sengaja ingin mencuri kemarahan mereka yang taat beragama. Ini kerana ajaran agama itulah yang dapat mengawal dan membimbing manusia menjadi terbaik, patuh dan taat kepada Allah dan pencipta-Nya.

Gesaan tersebut boleh mendorong umat Islam melakukan kejahatan yang akan membahayakan sesebuah negara itu sendiri. Seharusnya Islam sudah difahami dengan baik oleh seorang pemimpin yang pernah memimpin selama 31 tahun, yang mana sebahagian kecil penduduknya beragama Islam. Memahami sejarah perjuangan peribadinya, baik menerusi tulisan-tulisan dan kata-kata beliau, ternyata Kuan Yew masih tidak mengakui bahawa Islam adalah agama yang paling banyak menyebarkan semangat toleransi, boleh hidup bersama penganut agama lain dan membangunkan negara dalam acuan yang bersifat madani, bukan seperti ajaran lain yang menganjurkan kebencian dan permusuhan sesama manusia.

Islam telah membuktikan bahawa sejak permulaan lagi, ia telah membentuk struktur masyarakat yang saling memahami, bekerjasama dan membantu. Hal ini dapat diperhatikan melalui sejarah bagaimana kepimpinan Nabi Muhammad SAW telah membangunkan tamadun kemasyarakatan yang terbaik dalam sejarah manusia di Madinah. Ketaatan penganut Islam berpegang kepada kalimah 'Tiada Tuhan Lain Yang Disembah Selain Allah' telah memperkuatkan kerohanian masyarakat sehingga muncul sebuah kehidupan yang beradab dan maju.

Sepanjang sejarah manusia, kejatuhan sesebuah tamadun adalah disebabkan rakyatnya telah melupakan atau menyisihkan kehidupan beragama. Tragedi yang menimpa Empayar Roman misalnya, salah satu faktornya adalah kerana terlalu menekankan falsafah materialisme dan kebebasan melampau sehinggakan agama dijadikan asas kehidupan pinggiran.

Analisis Paul Kennedy dalam bukunya yang pernah menimbulkan banyak perdebatan, The Rise and Fall of Great Power turut menyingkap bahawa agama merupakan penentu terbesar dalam mengekalkan sesebuah tamadun. Justeru, walau sehebat manapun kemajuan sesebuah negara dalam pembangunan fizikal dan kebendaan, ia hanya membangkitkan suasana kehidupan manusia yang tidak pernah puas, rakus, adu-domba dan saling berkonflik.

Kuan Yew menyelar sikap rakyat negara itu yang 'ketat pegangan agama' sebagai halangan kepada pembinaan negara bangsa Singapura bagi tempoh yang lebih lama pada masa depan. Buktinya, kerana dasar yang diamalkan oleh negara itu mengekang suara pembangkang dan menghalang politiking telah menyebabkan sebahagian mereka yang merasakan kedudukannya tertindas mula beralih kepada pematuhan beragama.

Inilah sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh Kuan Yew apabila menasihatkan generasi yang taat beragama supaya melenturkan pegangan agama bagi membolehkan Singapura terus kekal sebagai negara moden dan terbaik pada masa depan. Dalam hal ini, Kuan Yew sebenarnya lupa bahawa kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat Singapura adalah kerana kebijaksanaannya menguruskan sumber-sumber yang diperoleh negara jiran yang dilihatnya sebagai 'kurang mesra.'

Hubungan yang tidak mesra itu sebenarnya dicipta oleh Singapura sendiri. Dalam situasi ingin berada di hadapan dan melonjakkan kedudukannya sebagai sebuah pelabuhan yang penting, Kuan Yew menyusun strategi bermusuh. Hal ini tidak dilakukan oleh pewarisnya, Lee Hsien Loong yang mengambil alih pentadbiran sejak 2004 dari Goh Chock Tong. Chock Tong menjadi Perdana Menteri sementara bagi mengikis persepsi umum mengenai pewarisan kepimpinan politik yang dilaksanakan oleh Parti Tindakan Rakyat PAP pada tahun 1999.

Berasaskan persepsi negatif itu, maka dapat dirumuskan bahawa Kuan Yew sebenarnya tidak pernah cuba memahami Islam secara mendalam. Islam hanya difahami berdasarkan sikap peribadi yang ditunjukkan oleh segelintir penganut. Pada hal dalam kehidupan manusia, Kuan Yew faham bahawa tidak semua manusia mempunyai pendapat, sikap, perangai, tingkah laku dan keperluan yang berbeza.

Perbezaan-perbezaan tersebutlah akhirnya menjadi sebuah nilai bersama melalui ikatan sosial ataupun keagamaan. Mungkin kerana Kuan Yew menghadapi kesukaran untuk memusnahkan akidah umat Islam agar menerima apa sahaja dasar yang dilaksanakan walaupun bertentangan dengan falsafah nilai agama, maka itulah persepsi negatif itu dikembangkan.

Nampaknya beliau sedang menghadapi konflik dalaman yang besar. Ini kerana jiwa segelintir rakyatnya yang tertekan mula melontarkan pelbagai pandangan marah, geram dan tidak sukakan dasar pemerintah. Luahan itu walaupun disekat, namun ia terus disalurkan melalui pelbagai media baru yang merunsingkan Menteri Mentor itu.

Islam tidak pernah menyuruh penganutnya menyekat kebebasan seseorang. Justeru, Allah SWT berfirman bermaksud: "Tiada paksaan dalam agama" (Surah Al-Baqarah ayat 256). Islam tetap memberikan keutamaan terhadap kebebasan individu, asalkan kebebasan itu tidak mengenepikan keyakinan terhadap keesaan Allah SWT dan melakukan perkara-perkara yang disuruh.

Jelas sekarang, Kuan Yew sedang mengeluh mengenai 'kemungkaran' yang tidak dapat diterima oleh umat Islam yang taat.

Sejarah Islam ketika zaman Umayyah misalnya membuktikan Islam sebuah agama yang bertoleransi. Ketika Pope John Paul II mengunjungi Masjid Umayyah di Damsyik, beliau tetap bertafakur di hadapan makam Nabi Yahya a.s. Mengulas tindakan itu, Pope John Paul memberikan alasan bahawa setiap penganut Islam dan Kristian mestilah saling memaafkan.

Beliau juga berkata, penganut agama terbesar tidak perlu berkonflik, saling menyalahkan antara satu sama lain, kerana ia akan menyebabkan keharmonian, keamanan dan kedamaian hidup bermasyarakat punah. Jika Pope John Paul II boleh memberikan pandangan agar saling hidup dalam keadaan bertoleransi, maka tidak ada sebab Kuan Yew tidak boleh menerima bahawa kepatuhan penganut Islam kepada agamanya bukanlah sesuatu yang merugikan matlamat pembinaan negara bangsa.

Kuan Yew tentu sedar bahawa kehebatan Mahatma Ghandi adalah kerana beliau tidak menimbulkan sengketa dan menambah bara konflik dalam masyarakat. Ghandi mengamalkan tindakan 'membina damai' dalam suasana orang lain berkonflik, akhirnya kaedah perjuangan nasionalismenya menjadi sebuah perjuangan yang amat berkesan sekali.

Teladan itu sebenarnya perlu dilakukan oleh Kuan Yew memandangkan beliau yang dikenali sebagai peneraju sebuah negara kecil menjadi sebuah negara besar kuasa ekonominya, agar lebih dihormati atas nasihatnya. Itulah teladan yang seharusnya dilakukan oleh Kuan Yew, bukannya membangkitkan sengketa serta rasa benci orang lain.

Sebagai bekas pemimpin, beliau seharusnya dapat menyelami sanubari rakyat yang sekian lama tercengkam oleh dasar autokratiknya. Inilah saat yang sesuai untuk memulihkan semangat baru agar hidup dalam kepelbagaian yang penuh dengan toleransi dan saling memahami.

Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Rabu, 26 Januari 2011

BN Punya Susu DAP Dapat Nama



inilah yang dikatakan dengan perpatah Melayu, "Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama". dalam kes ini, "Mukhriz Punya Kerja, Lim Guan Eng Dapat Nama". Sudahlah kerajaan Pulau Pinang tidak tahu bersyukur, lepas itu mengaku pula kononnya segala pelaburan yang diterima oleh negeri itu daripada pihak luar, adalah hasil titik peluh mereka sendiri.

"Banyak Cantik Muka Lu Lim Guan Eng", sedap mulut sahaja nak mengaku itu semua usaha kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau tiada MITI yang membantu, jangan harap Pulau Pinang dapat projek daripada pelabur luar. Rakyat bukan lagi bodoh dan mudah digula-gulakan dengan pengakuan semudah itu. Baca laporan Bernama di bawah :



TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu. Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-PKR-PAS itu tidak harus cepat 'mengambil kredit' di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan. "Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.

"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang berlabur di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di Sungai Petani. Mukhriz yang ditemui selepas mengagihkan 250 kotak limau mandarin kepada peniaga di Pasar Taman Ria semalam diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa peningkatan 465 peratus pelaburan di negeri itu tahun lepas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata kementeriannya tidak 'pilih kasih' dalam mempromosikan negeri-negeri di Malaysia kepada negara luar. "Maknanya kita tidaklah hanya bercakap mengenai Iskandar (Malaysia) di Johor, Melaka, Pahang dan sebagainya sebaliknya kita buat kerja untuk semua negeri. "Sudah tentu Pulau Pinang yang telah dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu turut mendapat nikmat daripada usaha-usaha kita walaupun sekarang ini mereka di bawah pemerintahan DAP," katanya.

Pada Rabu lepas, Lim membuat kenyataan akhbar menyatakan Pulau Pinang berjaya menarik lebih RM12 bilion pelaburan pada 2010 berbanding RM2.165 bilion pada tahun sebelumnya. Beliau berkata kenaikan lima kali ganda itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar yang dilaksana kerajaan negeri bersandarkan tujuh faktor termasuk urus tadbir dan pimpinan berintegriti. --Bernama

petikan diambil dari Blog PEMUDA UMNO NIBONG TEBAL

Ahad, 16 Januari 2011

Ulat bulu 'serang' penduduk

NIBONG TEBAL 16 Jan. - Penghuni beberapa buah rumah di Kampung Teluk Ipil di sini dilanda kegelisahan ekoran serangan ulat bulu sejak sebulan lalu.
Namun, keadaan menjadi lebih serius sejak seminggu lalu apabila ulat bulu sepanjang antara tiga hingga lima sentimeter yang mendiami pohon berembang di tepi Sungai Kerian di situ masuk ke dalam rumah penduduk.
Tinjauan Utusan Malaysia di kampung itu mendapati dua batang pohon berembang dan sebatang pokok kelapa di situ kehilangan daun akibat dimakan ulat bulu.
Menurut Siti Robiah Ismail, kehadiran ulat bulu mula dikesan bulan lalu apabila beberapa binatang kecil serangga berkenaan ditemui di lantai rumahnya yang terletak hanya 20 meter dari pokok itu.
"Kewujudan ulat ini semakin bertambah apabila semakin banyak yang merayap di rumah serta di pakaian yang dijemur di luar rumah.
"Malah anak saya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik kerana gatal dan miang terkena ulat bulu," katanya di sini hari ini.
Tambahnya, mereka hanya mampu menggunakan racun serangga untuk membunuh ulat bulu terbabit namun ia kurang berkesan.
Bagi Hindon Yasin, 65, serangan ulat bulu menyebabkan dia terpaksa menutup tingkap sepanjang hari bagi mengelaknya memasuki rumah.
"Keadaan lebih buruk pada waktu malam kerana ada kalanya ia merayap di atas tilam menyebabkan cucu-cucu saya diserang gatal dan miang.
"Kanak-kanak memang selalu kena sebab mereka suka bermain di luar rumah, kasihan tengok mereka tergaru-garu sebab miang," ujarnya.
Sementara itu, bagi Mohd. Faizal Ahmad, 31, dia berharap pihak berwajib tampil menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.
"Mungkin mereka boleh tebang pokok berembang itu bagi mengelakkannya didiami ulat bulu atau menyembur racun serangga di kawasan ini.
"Keadaan ini menyusahkan kami kerana saudara-mara nak datang rumah pun tak selesa kerana terpaksa membersihkan ulat bulu," katanya.

Petikan diambil dari :utusan Malaysia 17/1/2010

Rabu, 12 Januari 2011

Tangan abang berasap

NIBONG TEBAL: “Saya memanggil namanya beberapa kali, namun abang masih tidak bergerak dan ketika itu mengesyaki dia sudah meninggal dunia,” kata Ramli Awang, 45, ketika menemui abangnya, Arsyad Awang, 55, yang terbaring kaku selepas terkena renjatan elektrik ketika mengait kelapa di rumahnya di Kampung Tengah, Sungai Setar Besar, dekat sini, semalam.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia keluar ke kedai berhampiran dan melihat abangnya sedang mengait kelapa menggunakan galah besi berhampiran rumahnya.
“Sebaik tiba di rumah kira-kira jam 10.30 pagi, saya tidak nampak abang dan terus pergi mencarinya di sekeliling rumah sebelum terkejut menemuinya terbaring dalam keadaan terlentang.
“Saya segera mendapatkannya dan cuba mengubah galah yang menghalang sebelum badan kiri saya juga terkena renjatan elektrik. Mujur saya sempat melepaskan galah itu kerana jika tidak, mungkin menerima nasib sama,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sungai Bakap, semalam.
Menceritakan kejadian itu, katanya, ketika ditemui tangan kiri abangnya kelihatan berasap dan melecur teruk menyebabkan dia terus memanggil ahli keluarga serta jiran sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.
Dia yang menerima rawatan pesakit luar kerana lenguh separuh badan berkata, Arsyad adalah anak sulung daripada lapan beradik dan sudah lama menduda selepas bercerai, malah terputus hubungan dengan bekas isteri serta anaknya.
Menurutnya, abangnya bertugas sebagai bilal di Masjid Al-Falah dekat sini, dan tinggal bersama ibunya, Teh Salleh, 84, sejak berpisah. “Arwah sering membantu menguruskan jenazah di kampung ini dan ketika waktu terluang sering melakukan pelbagai kerja kampung seperti mengait kelapa.
“Kelmarin, arwah menggunakan galah sama untuk mengait kelapa di kawasan berhampiran dan dia dipercayai terkena kejutan elektrik selepas sabit digunakan terkena wayar elektrik,” katanya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke HSB untuk dibedah siasat dan selamat dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Islam kampung itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada unsur jenayah..

Petikan dari: harian metro
http://www.hmetro.com.my

USTAZ..USTAZ..USTAZ baik pada namanya tapi tidak pada Orangnya

Apa dh jd dengan dunia sekarang….manusia yg dianggap mulia berkelakuan sebaliknya Tertarik dengan artikel anak seberang mengenai isu terbaru dan terpanas ini.seorang ustaz mencabul seorang gadis berusia 14 tahun.berita yg sangat memalukan dr seorang tokoh agama berperangai haiwan dan syaitan ini mendapat liputan luas.dibawah adalah petikan yg diambil dr blog anak seberang http://panggungopera.blogspot.com/


Rentetan dari entry AS semalam, klik sini, ternyatalah ia benar lagi sahih. ADIK BERADIK SEMUA uSTAZ TAPI ADA YANG BERKELAKUAN MACAM NI!
Adik kepada ADUN Sungai Bakap iaitu YB Ustaz Makhtar Shafie, ternyata telah dicekup polis dan telah dibebaskan dengan jaminan polis. Kesalahannya? DIDAKWA mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun semasa remaja ni menjalani rawatan dengan dia!

Ustaz 'I****L' yang AS kenali memang la seorang yang kononnya warak. merata-rata dia bagi ceramah. Dia ni jugak aktif menjalankan perniagaan MLM, tapi takpalah itu rezeki dia.

Tapi malangnya banyak kuliah Ustaz ni mesti ada ciri-ciri menghasut untuk membenci kerajaan. Sampaikan ada makcik yang bagitau AS, dia tak mau pi dah dengar kuliah ustaz ni kerana selalu menyimpang dan asyik mengkondem kerajaan. Sampai dalam kuliah dia pun ada sebut, "jangan bagi anak-anak makcik menikah dengan orang kerajaan seperti polis sebab depa ni kuat makan rasuah. kalau tak percaya AS boleh bawak makcik ni sebagai bukti!

Apa nak jadi ni? YB Maktar mesti meletakkan jawatan sebagai ADUN Sungai Bakap JIKA ADINDA DIA DIDAPATI BERSALAH kerana keluarga dia telah memalukan nama baik ayahanda mereka Arwah Ustaz Shafie dan Seluruh Alim Ulamak yang ada di seluruh Malaysia!

Gadis dakwa dicabul ustaz ketika rawatan

2011/01/12
NIBONG TEBAL: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dicabul kehormatan oleh seorang ustaz ketika sedang mendapatkan rawatan kononnya untuk mengeluarkan penyakit buatan orang di rumah lelaki itu di Sungai Bakap di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dibawa oleh ibunya ke rumah suspek yang berusia 43 tahun untuk mendapatkan rawatan setelah dia sering berasa tidak tenteram dan kerap bertengkar dengan ahli keluarga. Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila tiba di rumah suspek, mangsa diminta menukar pakaian dengan hanya bertuala sebelum diminta masuk ke bilik air. Ibu mangsa pula diminta menunggu di luar dan membaca al-Quran.

“Ketika bersama suspek di dalam bilik, remaja itu mendakwa dia dicabul oleh ustaz itu sambil membaca jampi,” katanya di sini, semalam.

beritaharianonline

Selasa, 11 Januari 2011

Puak Pembangkang naik berang


Selepas tersiarnya rintihan penduduk sungai kechil berikutan banjir di TV3 pada 4 januari lalu.Pihak pembangkang bangkit menyurakan tidak kepuasan hati didalam laman sosial facebook.Kononnya ketidak puasan hati kerana adun kesayangan mereka turun padang semasa banjir buruk melanda sungai kechil baru-baru ini dan juga ahli perlimen Nibong Tebal bekas calon Pilihan PKR yang kini sudah menjadi adun bebas.gambar diatas adalah bukti kehadiran adun PKR.nak diceritakan disini.kepada pembaca.memang ada kelibat adun dr sungai bakap hadir tapi hanya sekejap saja rata-rata penduduk tidak terlihat langsung wajah adun yg datang berjumpa dengan mangsa banjir bertanya permasalahan.Mgkin takut nak hulur duit kot..sbb xnak sponser makan dan bantuan.haha.ada cerita yg paling menarik kecewa dan lucu apabila adun menyuruh wakil penduduk membeli makanan dengan mengunakan wang poket sendiri..hahah lawak,lucu campoq kecewa hal ini telah diceritakan oleh seorang penduduk kampung Teluk semasa kehadiran adun itu ke kampung mereka.kampung teluk diantara kampung yg terjejas akibat banjir awal bulan lalu.

Isnin, 10 Januari 2011

Penduduk Kesal Sikap Ahli Parlimen dan Adun



barang-barang yg telah rosak

Penduduk kesal sikap ahli parlimen dan adun tidak ambil endah dengan penduduk dibawah kawasan mereka.ditambah pulak dengan tekanan penduduk selepas kawasan mereka dilanda banjir,banyak barang-barang rumah dan ternakan telah musnah dan terpaksa beli peralatan rumah yang baru,kini sudah seminggu berlalu selepas banjir besar melanda kampung sungai kecil batang hidung wakil rakyat pon tak nampak datang menjenguk.kemana perginya slogan pakatan yak ni Negara kebajikan .sepatutnya masa sebegini lah wakil rakyat dari PKR ini perlu mengambil kesempatan dekatkan diri dengan penduduk disini.rata-rata masyarakat kampong sangat kesal dgn wakil rakyat yg diwakili oleh parti PKR ini.ibarat tebu yg ditanam lalang yg kami dapat .pemerintahan sangat berbeza ketika kawasan ini diwakili oleh parti (UMNO)Barisan Nasional.dulu jika ada sesuatu bencana yg melanda kampung.wakil rakyat barisan nasional yg banyk membantu.dr mula hingga akhir.banyk bantuan dihulurkan dari segi Makanan,wang ringgit dan berbagai-bagai bentuk lagi.hanya tuhan yang tahu kesedihan yg dialami oleh penduduk kampong sungai kechil ketika ini.kini tiada lagi tempat penduduk mengadu selain dari wakil kadun yang dilantik daripada parti (UMNO)Barisan Nasional iaitu saudara Fuad dan Juga Dato Zainal apabila mereka ada masa lapang mereka akan datang ke kampung bertemu dengan penduduk dengan dibantu oleh Pengerusi JKKKP iaitu Tuan Haji Edaruddin.jutaan terima kasih kami ucapkan kerana masih ada lagi pejuang yang sentiasa membela nasib rakyat khususnya bangsa melayu dikawasan kampong sungai kechil ini.kepada pihak yg masih dibuai mimpi pembangkang sedarlah tuhan telah tunjukkan kita pemimpin yg sebenar yg boleh meminpin kita.

Luahan dan Rintihan Oleh:
Mewakili masyarakat kampung sungai kechil.

Khamis, 6 Januari 2011

Harga getah tertinggi dalam sejarah negara

Harga getah naik, Hujan pulak turun

Begitulah nasib penoreh getah terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia yang pada masa ini menghadapi musim hujan yang berterusan.

Apabila hujan turun, maka penoreh getah tidak dapat keluar menoreh kerana jika pokok getah ditoreh juga, susu getah akan meleleh ditepi batang pokok.
Apapun kita tetap bersyukur atas kenaikan harga getah ke paras tertinggi ini dan berdoa agar penoreh-penoreh di kampung memperolehi manfaatnya.
bagi penduduk sungai kechil pulak kekerapan hujan yg berlaku sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan penduduk disebabkan pokok getah basah menjadi faktor utama kepada penoreh tidak dapat menoreh getah.

LABIS 6 Jan. - Harga pasaran getah SMR 20 yang kini mencecah paras RM15.06 sekilogram merupakan kadar tertinggi kenaikan harga komoditi itu yang dicapai dalam sejarah negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kenaikan harga berkenaan sekali gus memberi kebaikan kepada pekebun kecil dengan mendapat keuntungan yang tinggi kepada mereka.

"Unjuran kenaikan ini merupakan unjuran yang tinggi. Getah adalah komoditi yang stabil. Kalau harga turun pun, ia tidak banyak.

"Saya lihat dari segi purata, kalau mereka (pekebun kecil) mempunyai dua hektar tanah, mereka mendapat RM5,600 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen tanam semula peringkat Johor, di sini, hari ini

Lawatan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian

Ucapan terima kasih tak terhingga kepada pemuda UMNO bahagian kerana turun padang membuat lawatan kerumah penduduk sungai kechil,melihat lebih dekat pemasalahan Penduduk yg memerlukan bantuan.lawatan diketuai oleh Mohd Norhiesam Sham bersama ajk pemuda ini cukup bermakna kepada dua keluarga disungai kechil ini apabila mereka diberitahu bahawa UMNO bahagian akan berusaha membantu keluarga yg terlibat yg memerlukan bantuan.Disebabkan kesempitan hidup pemuda umno memberi wang saguhati kepada keluarga terbabit bagi mengurang kan perbelanjaan persekolahan anak mereka.jenis bantuan lain akan diberikan kemudian setelah mereka selesai membuat pemantauan nanti.








Isnin, 3 Januari 2011

Utusan Malaysia Online - Utara

Utusan Malaysia Online - Utara

Banjir pertama Tahun baru 2011

Hujan lebat yang turun sejak jam 8.30 pagi semalam telah mengakibatkan banjir kilat berlaku di kawasan Kampung Sungai Kechil.Air sungai naik dengan begitu cepat dan menyebabkan ramai penduduk tidak sempat menyelamatkan barang-barang keperluan mereka. Menurut Ketua Polis Daerah SPS Supt.Shafien Mamat, kejadian ini adalah yang terburuk pernah berlaku di kawasan ini.
Lebih 100 bungkus makan tengahari dan malam diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir.  Sumbangan oleh JKKKP Sungai Kechil dengan kerjasama Pemuda 1 Malaysia.








SELAMAT DATANG KE BLOG JKKKP SUNGAI KECHIL

Panggilan Untuk Kecemasan

IBU PEJABAT POLIS DAERAH NEGERI PULAU PINANG (IPD)

NO DAERAH TEL/FAX




1 IPD Timur Laut



04-218 1822





(F) 04-228 6503

2 IPD Barat Daya



04-866 9222





(F) 04-866 8822

3 IPD Seberang Perai Utara


04-332 2222





(F) 04-324 0010

4 IPD Seberang Perai Tengah

04-538 2222





(F) 04-537 5368

5 IPD Seberang Perai Selatan

04-582 4222





(F) 04-582 0787













BALAI POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

NO TELEFON BALAI POLIS




1 Bukit Tambun



04-588 7204

2 Nibong Tebal



04-593 1404

3 Simpang Ampat



04-588 7300

4 Sungai Bakap



04-582 4404

HOSPITAL

Hospital Seberang Jaya

No. Telefon : 04-3983333

Bandar Baru


No. Fax : 04-3970754

Jalan Tun Hussein Onn

http://hsbjy.moh.gov.my

10450 Seberang Jaya










Hospital Sungai Bakap




Seberang Perai Selatan




14200 Sungai Jawi





No. Telefon : 04-5824333




No. Fax : 04-5822494

Peta Kawasan Sungai Kechil

Pengikut