.

KEMPEN TAMBAH AHLI PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN SG.KECHIL KINI DIBUKA JOM DAFTAR !!!

Khamis, 26 Mei 2011

perlawanan bola sepak MAN UTD dan BARCELONA

Perlawanan Bola Sepak Juara-Juara Club Eropah MAN UTD Menentang BARCELONA
Live Di Screen Layar Wakaf Che Not Dijemput Datang Beramai-Ramai Menonton.....

Khamis, 19 Mei 2011

Paras air laut meningkat akibat pemanasan global ancam 7 kawasan di Malaysia

JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.
Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.
Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun

Pulau Pinang terselamat risiko paras laut naik

GEORGETOWN: Pusat Kajian Pantai, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) mendapati Pulau Pinang tidak menghadapi risiko peningkatan paras air laut kerana hanya mencatat kenaikan 2.33 milimeter (mm) setahun.
Pengarahnya, Ir Mohd Radzi Abdul Hamid, berkata pihaknya melakukan kajian di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang melalui Stesen Tolok Pasang Surut yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan pemantauan satelit.
“Kita akui ada peningkatan tetapi ia tidak memberi impak yang besar atau memberi gangguan kepada kawasan penduduk, pertanian dan perumahan.
“Hanya ada kenaikan di empat lokasi iaitu Sungai Sarawak, Sarawak; Kuala Kedah, Kedah; Kuala Terengganu, Terengganu dan Sandakan, Sabah dengan catatan 0.5 meter pada 2010, tetapi masih awal (kemungkinan ditenggelami) dan tidak memberi sebarang risiko," katanya ketika dihubungi.
Sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara dikatakan meningkat purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.
Mohd Radzi berkata, pihaknya menjalankan kajian lanjut mengenai peningkatan paras laut bagi membolehkan tindakan diambil.
“Semua kajian yang dilakukan masih awal dan baru-baru ini kami membuat lawatan ke kawasan yang sudah dikenal pasti bagi melihat kesan dan risiko pada masa depan.
“Kajian terperinci dijangka dapat diketahui sebelum akhir tahun ini dan kenaikan bukan saja dialami di Malaysia tetapi membabitkan seluruh dunia,” katanya

Sabtu, 14 Mei 2011

Keputusan kes Anwar esok

KUALA LUMPUR 14 Mei - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui nasibnya Isnin ini dalam perbicaraan di mana beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan sama ada Anwar akan diminta membela diri atau dibebaskan.
Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.
Peguam utama Anwar Karpal Singh, ketika dihubungi berkata, beliau bersedia bagi sebarang kemungkinan dan telah menyiapkan persediaan jika Anwar diperintah membela diri.
"Saya tidak berminat untuk membuat spekulasi mengenai keputusan itu dan berharap mahkamah akan mengambil pertimbangan pada sesetengah kekurangan dalam kes pendakwaan," kata Karpal.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008 kerana kesalahan persetubuhan di luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Sungguhpun pasukan pembelaan pada mulanya berjaya memohon untuk kes itu didengar di mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2009, membenarkan rayuan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.
Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Perbicaraan itu yang bermula pada 3 Februari tahun lepas, di mana Mohd. Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.
Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamah secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberi keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.
Malah Mohd. Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.
Mohd. Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.
Pendakwaan memanggil 27 saksi termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd. Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.
Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon bahawa profil DNA 'lelaki Y' didapati di dubur Mohd. Saiful yang pada hakikatnya adalah milik Anwar. - Bernama

Jumaat, 13 Mei 2011

65 Tahun UMNO bela Rakyat


Kuala Lumpur, 12 Mei- Kalau sejak mula dilahirkan pada tahun 1946, matlamat utama kelahiran dan perjuangannya ialah memerdekakan Negara, meninggikan syiar Islam, memartabatkan bangsa dan mendaulatkan Negara, hari nie setelah 65 tahun berlalu, perjuangan UMNO telah banyak tercapai dan tetap menjadi inti pati masa depan.

Ketua Penggerang, Mohd Amin Hamidon berkata kalau ada membezakan perjuangan UMNO dahulu dan sekarang  ialah UMNO dahulu hanya sebuah pertubuhan siasah tetapi bertukar menjadi parti yang menjadi tulang belakang sebuah kerajaan dan pemerintahan Negara.
“Perjuangan pemimpin UMNO terdahulu perlu disemat di dalam setiap diri agar parti yang menunjangi BN terus bergerak maju ke hadapan khususnya untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.
“Seluruh ahli dan kepimpinan UMNO di semua peringkat dinasihatkan agar menjadikan UMNO sebagai sebuah gerakan politik yang berpaksikan kepentingan rakyat.“Kejayaan UMNO bertahan sehingga 65 tahun menjadikan parti itu lebih eksklusif dalam memperjuangkan hak rakyat.
“Adalah wajar seluruh ahli UMNO dapat memegang dan menjadikan kata-kata dan amanah daripada Presiden parti itu sebagai satu inspirasi untuk memastikan segala gerak langkah yang diatur selepas ini menjurus ke arah pengukuhan sebuah institusi dan parti yang mantap,” ujarnya kepada UMNO-Online sempena ulangtahun UMNO ke-65 tahun.
Tambahnya, kesetiaan terhadap perjuangan dan barisan kepimpinan merupakan salah satu asas kekuatan serta kemantapan UMNO.
“Kesetiaan merupakan prinsip yang digunapakai dan diamalkan oleh ahli UMNO itu jugalah yang membolehkan UMNO kekal sehingga ke hari ini.
“dan kesetiaan terhadap perjuangan dan barisan kepimpinan telah mendorong ahli parti pada semua peringkat bagi menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Perjuangan kita meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan kebijaksanaan barisan kepimpinan memastikan rakyat terus yakin dan percaya kepada UMNO,” katanya – MediaUMNO

Selasa, 3 Mei 2011

Sejarah Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang adalah sebuah Jambatan menghubungkan antara Pulau Pinang dan seberang perai.Pembinaan jabatan pulau pinang adalah hasil usaha dari pemimpin kerajaan BARISAN NASIONAL ketika itu untuk memastikan kemajuan dan pembagunan dikawasan pulau pinang sebagai hub industri.pembinanan jambatan ini juga menelan kos RM 850 juta menyebabkan ramai penkritik dan juga pihak pembangkang menyifatkan projek jambatan pulau pinang sebagai satu projek pembaziran wang rakyat ketika itu.jika dahulu sebelum pembinaan jambatan,masyarakat dari seberang perai ketika itu menggunakan feri sebagai jalan altenatif ke pulau pinang.setelah siap jambatan pulau pinang kebanyakkan pengankutan menjadi mudah apabila hasil dari pulau pinang dan juga hasil dari seberang perai boleh dibawa mengunakan laluan jambatan sebagai jalan perantraan dengan lebih mudah dan cepat.tempoh siap jambatan ini mengambil masa hanya 3 tahun sahaja.iaitu dari tahun 1982 hingga 1985 dan mendapat pencapaian kejuruteraan cemerlang kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.dibina oleh Hyundai Engineering & Construction. Co. Ltd, Korea.
Utk pengetahuan semua, jambatan Pulau Pinang ini mula dibuka pada 14 September 1985 utk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan ini adalah 13.5 km, yg menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia dan di Asia ketika itu.

Pandangan Jambatan Pulau Pinang

Di awal Pembinaan
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang
dan Menteri Kerja Raya bersama isteri masing-masing sewaktu perasmian
Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam atas Jambatan Pulau Pinang
Orang ramai diberi peluang berjalan diatas Jambatan Pulau Pinang

 
Tarikh-tarikh penting:
  • Awal 1970-an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
  • Akhir 1970-an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
  • 23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
  • 1982 - pembinaan bermula
  • 3 Ogos 1985 - perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
  • 14 September 1985 - pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam
SELAMAT DATANG KE BLOG JKKKP SUNGAI KECHIL

Panggilan Untuk Kecemasan

IBU PEJABAT POLIS DAERAH NEGERI PULAU PINANG (IPD)

NO DAERAH TEL/FAX




1 IPD Timur Laut



04-218 1822





(F) 04-228 6503

2 IPD Barat Daya



04-866 9222





(F) 04-866 8822

3 IPD Seberang Perai Utara


04-332 2222





(F) 04-324 0010

4 IPD Seberang Perai Tengah

04-538 2222





(F) 04-537 5368

5 IPD Seberang Perai Selatan

04-582 4222





(F) 04-582 0787













BALAI POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

NO TELEFON BALAI POLIS




1 Bukit Tambun



04-588 7204

2 Nibong Tebal



04-593 1404

3 Simpang Ampat



04-588 7300

4 Sungai Bakap



04-582 4404

HOSPITAL

Hospital Seberang Jaya

No. Telefon : 04-3983333

Bandar Baru


No. Fax : 04-3970754

Jalan Tun Hussein Onn

http://hsbjy.moh.gov.my

10450 Seberang Jaya










Hospital Sungai Bakap




Seberang Perai Selatan




14200 Sungai Jawi





No. Telefon : 04-5824333




No. Fax : 04-5822494

Peta Kawasan Sungai Kechil

Pengikut