Khamis, 17 Februari 2011
Kerajaan BN terus bela nasib rakyat - Najib
PETALING JAYA 17 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela nasib setiap rakyat berdasarkan prinsip keadilan sosial.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga akan terus memperjuangkan agenda itu berdasarkan gagasan 1Malaysia iaitu mendahulukan rakyat.
"Sebagai sebuah kerajaan, kami bukan sahaja menghormati kepelbagaian budaya, agama dan bahasa tetapi juga menegakkan prinsip rakyat didahulukan, bersendikan kepada keadilan sosial," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Pesta Capgome dan penyampaian sumbangan sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada penduduk di kawasan Petaling Jaya Selatan hari ini.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai.
Seramai 650 orang yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan angpau dalam majlis yang dihadiri kira-kira 2,500 orang daripada pelbagai kaum itu.
Najib berkata, kerajaan telah membelanjakan RM1.2 bilion untuk pelbagai program menolong orang miskin termasuk miskin tegar dan masyarakat berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal dan OKU.
Beliau berkata, peruntukan itu adalah satu jumlah yang amat besar namun kadang-kadang ada pihak tidak menghargai apabila diberi bantuan sebegitu besar.
"Pembangkang bagi RM100 riuh satu kampung, (sedangkan) kita (kerajaan) bagi lebih banyak daripada pembangkang.
"Kita tidak membuang masa mentadbir negara. Kita tidak bergaduh tak tentu pasal. Kita tidak keluar parti macam parti tertentu. Kita tidak buat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kita tahu tidak berfaedah," katanya.
Sebab itu jelasnya, kerajaan BN akan terus membawa negara ke arah pembangunan dan membela nasib setiap rakyat berdasarkan prinsip keadilan sosial.
Najib berkata, majlis yang diadakan pada hari ini jelas membuktikan bahawa konsep 1Malaysia dihayati kerana ia dihadiri oleh pelbagai kaum.
"Walaupun ini adalah perayaan untuk kaum Cina, tetapi kehadiran pelbagai kaum menunjukkan kita menyambutnya dengan penuh kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.
"Saya tahu ramai juga minat menerima angpau. Saya juga minat terima angpau tetapi angpau dalam bentuk sokongan rakyat kepada kerajaan BN," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Panggilan Untuk Kecemasan
IBU PEJABAT POLIS DAERAH NEGERI PULAU PINANG (IPD) | |||||
NO DAERAH TEL/FAX | |||||
1 IPD Timur Laut | 04-218 1822 | ||||
(F) 04-228 6503 | |||||
2 IPD Barat Daya | 04-866 9222 | ||||
(F) 04-866 8822 | |||||
3 IPD Seberang Perai Utara | 04-332 2222 | ||||
(F) 04-324 0010 | |||||
4 IPD Seberang Perai Tengah | 04-538 2222 | ||||
(F) 04-537 5368 | |||||
5 IPD Seberang Perai Selatan | 04-582 4222 | ||||
(F) 04-582 0787 | |||||
BALAI POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN | |||||
NO TELEFON BALAI POLIS | |||||
1 Bukit Tambun | 04-588 7204 | ||||
2 Nibong Tebal | 04-593 1404 | ||||
3 Simpang Ampat | 04-588 7300 | ||||
4 Sungai Bakap | 04-582 4404 |
HOSPITAL
Hospital Seberang Jaya | No. Telefon : 04-3983333 | ||||
Bandar Baru | No. Fax : 04-3970754 | ||||
Jalan Tun Hussein Onn | |||||
10450 Seberang Jaya | |||||
Hospital Sungai Bakap | |||||
Seberang Perai Selatan | |||||
14200 Sungai Jawi | |||||
No. Telefon : 04-5824333 | |||||
No. Fax : 04-5822494 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan