.

KEMPEN TAMBAH AHLI PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN SG.KECHIL KINI DIBUKA JOM DAFTAR !!!

Sabtu, 14 Mei 2011

Keputusan kes Anwar esok

KUALA LUMPUR 14 Mei - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui nasibnya Isnin ini dalam perbicaraan di mana beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan sama ada Anwar akan diminta membela diri atau dibebaskan.
Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.
Peguam utama Anwar Karpal Singh, ketika dihubungi berkata, beliau bersedia bagi sebarang kemungkinan dan telah menyiapkan persediaan jika Anwar diperintah membela diri.
"Saya tidak berminat untuk membuat spekulasi mengenai keputusan itu dan berharap mahkamah akan mengambil pertimbangan pada sesetengah kekurangan dalam kes pendakwaan," kata Karpal.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008 kerana kesalahan persetubuhan di luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Sungguhpun pasukan pembelaan pada mulanya berjaya memohon untuk kes itu didengar di mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2009, membenarkan rayuan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.
Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Perbicaraan itu yang bermula pada 3 Februari tahun lepas, di mana Mohd. Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.
Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamah secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberi keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.
Malah Mohd. Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.
Mohd. Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.
Pendakwaan memanggil 27 saksi termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd. Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.
Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon bahawa profil DNA 'lelaki Y' didapati di dubur Mohd. Saiful yang pada hakikatnya adalah milik Anwar. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SELAMAT DATANG KE BLOG JKKKP SUNGAI KECHIL

Panggilan Untuk Kecemasan

IBU PEJABAT POLIS DAERAH NEGERI PULAU PINANG (IPD)

NO DAERAH TEL/FAX




1 IPD Timur Laut



04-218 1822





(F) 04-228 6503

2 IPD Barat Daya



04-866 9222





(F) 04-866 8822

3 IPD Seberang Perai Utara


04-332 2222





(F) 04-324 0010

4 IPD Seberang Perai Tengah

04-538 2222





(F) 04-537 5368

5 IPD Seberang Perai Selatan

04-582 4222





(F) 04-582 0787













BALAI POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

NO TELEFON BALAI POLIS




1 Bukit Tambun



04-588 7204

2 Nibong Tebal



04-593 1404

3 Simpang Ampat



04-588 7300

4 Sungai Bakap



04-582 4404

HOSPITAL

Hospital Seberang Jaya

No. Telefon : 04-3983333

Bandar Baru


No. Fax : 04-3970754

Jalan Tun Hussein Onn

http://hsbjy.moh.gov.my

10450 Seberang Jaya










Hospital Sungai Bakap




Seberang Perai Selatan




14200 Sungai Jawi





No. Telefon : 04-5824333




No. Fax : 04-5822494

Peta Kawasan Sungai Kechil

Pengikut