.

KEMPEN TAMBAH AHLI PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN SG.KECHIL KINI DIBUKA JOM DAFTAR !!!

Ahad, 27 Februari 2011

PAS MALU SERANGAN PERIBADI CALON TAK MENJADI.

Bukti SIJIL KELULUSAN yg ditunjukkan oleh CALON DUN KERDAU


PAS yang mendakwa calon UMNO/BN tak mempunyai sijil kelulusan dari Mesir, kini mula membuat konar baring apabila calon tersebut dan juga UMNO negeri mengemukakan bukti yang sebenar.
Didalam satu kenyataan segera hari ini, Naib Presiden PAS dan juga Pesuruhjaya PAS negeri Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man telah menafikan bahawa PAS yang memulakan isu tersebut.
Tuan Ibrahim amat kesal kerana PAS dituduh memfitnah calon UMNO/BN sedangkan mereka langsung tak melakukan perkara sedemikian. Dia juga telah menempelak Menteri Besar Pahang kerana menuduh PAS memainkan isu tersebut tanpa sebarang bukti.
Menurut Naib Presiden PAS ini lagi, yang memulakan isu sijil ini adalah blogger pro Pakatan yang langsung tak ada kena mengena dengan PAS. Malah, PAS langsung tak memberikan arahan untuk mereka melakukan perkara tersebut.
Persoalannya disini, bolehkah kita mempercayai kata-kata Tuan Ibrahim ini? Sebelum ini, mereka langsung tak cuba menafikan fitnah yang dilakukan oleh para blogger mereka.
Tetapi setelah perkara tersebut dibuktikan sebagai tidak benar, mulalah mereka berpusing-pusing menafikan bahawa pihak mereka terlibat didalam memfitnah calon UMNO/BN.
PAS sering mendakwa mereka bersih dari segala perlakuan fitnah, tapi zahirnya merekalah yang menjuarai acara fitnah sesama muslim didalam negara ini.
Beginikah cara PAS berpolitik? Apabila mereka melihat sesuatu perkara tersebut menguntungkan mereka, pemimpin mereka akan diam membisu seolah-olah merestui dan merelakan perbuatan para penyokong mereka.
Tapi jika keadaan bertukar sebaliknya dan menjadi berisiko kepada PAS, pemimpin-pemimpin mereka akan segera membuat penafian samada menuduh ia adalah propaganda UMNO/BN ataupun ia datang dari pihak yang tiada kena mengena dengan PAS.
Inilah perkara yang seperti sudah menjadi darah daging kepada pemimpin-pemimpin PAS. Sikap bermuka-muka dan sering putar belit kenyataan ini membuatkan PAS semakin dipinggirkan oleh masyarakat.
Bagaimanakah rakyat hendak mempercayai pemimpin-pemimpin sebegini jika cakap mereka pun tak serupa bikin?
Layaknya mereka menjaga sekandang LEMBU yang dicucuk hidung...
Itu lah kerja yang paling layak untuk PAS !
Yang Penting sekarang Puak PAS harus BERTAUBAT bukan TAHUBUAT..
Renung-renungkan dan selamat beramal…


Tranformasi boleh elak Malaysia alami nasib seperti negara lain - Najib



KUALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau percaya transformasi besar yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan akan dapat mengelakkan negara ini mengalami nasib yang sama seperti gelombang kebangkitan rakyat di beberapa negara ketika ini.
Perdana Menteri berkata, ini kerana di Malaysia, kerajaan mengamalkan sistem yang telah memberi peluang untuk kerajaan mengetahui apa jangkaan dan aspirasi rakyat.
Menurutnya, dengan amalan sistem demokrasi yang terbuka, apa juga hasrat rakyat akan dapat diketahui oleh kerajaan.
"Saya selalu menegaskan ini adalah penting dan inilah yang boleh menjadi jaminan (untuk kestabilan)... maknanya apa yang kita lakukan kita meletakkan dan mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya.
Najib berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Bersama Pemimpin sempena Dermasiswa Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) anjuran Persatuan Alumni UIAM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, malam tadi. - Bernama

Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO perjuang isu umat Islam


KUALA KRAU 27 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini dan bukannya memilih DAP untuk bersahabat.
Tegas Perdana Menteri, beliau hairan bagaimana Pas sanggup bersekongkol dengan DAP sedangkan parti terbabit secara jelas menentang kewujudan negara Islam di Malaysia.
"Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh (sekarang Pengerusi) pernah menegaskan supaya langkah mayatnya dulu jika Pas mahu mewujudkan negara Islam.
"Semua pemimpin Pas membisu apabila Karpal kata begitu," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Bersama Warga Felda Jengka 23 di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Hadir sama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Pada majlis itu, Najib turut merasmikan gelanggang futsal terbuka, dewan orang ramai, pusat jalur lebar dan merasmikan pecah tanah kilang Biomass Felda Jengka 9 secara maya.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata, rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan penipuan pihak pembangkang.
Antara penipuan yang dilakukan oleh pembangkang termasuk isu 16 September yang mengaitkan pembentukan kerajaan pembangkang bagi menggantikan kerajaan BN.
Berikutan isu tersebut, jelas beliau, semakin ramai pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti tersebut.
"Bolehlah dikatakan daripada timbalan presidennya, setiausaha agung, enam ahli Parlimen hingga ke peguam peribadi, semua telah meninggalkan parti itu," katanya.
Sementara itu, ketika berucap di Felda Jengka 25, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak meniru atau terpengaruh dengan pergolakan politik yang berlaku di Mesir.
Tegas Najib, senario politik di Mesir adalah jauh berbeza dengan Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem pilihan raya yang telus dan adil.
"Jika tidak adil, mana mungkin BN tewas di beberapa negeri. Kalau sistem politik Mesir diamalkan di negara ini, pemimpin BN tidak perlu bekerja keras untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya," katanya.
Terdahulu ketika berucap di Felda Jengka 22, Najib memberitahu, hubungan akrab dengan Arab Saudi memudahkan operasi penghantaran pulang pelajar dari Mesir ke tanah air.
"Oleh kerana kita mempunyai hubungan yang cukup akrab, Raja Abdullah membenarkan Malaysia menggunakan lapangan terbang di negara itu tanpa had. Boleh mendarat dan terbang pada bila-bila masa," jelasnya.

Rabu, 23 Februari 2011

Ahli Parlimen Nibong Tebal sertai Parti KITA

Tan Tee Beng

 2011/02/24

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng sebentar tadi mengumumkan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Beliau sebelum ini bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi keluar dari parti itu tahun lalu dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Penyertaannya dalam KITA diumumkan dalam satu sidang akhbar di sini.
Turut sama dalam sidang akhbar itu ialah Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya menyertai KITA kerana tertarik dengan dasar perjuangannya untuk membawa keadilan dan pembaharuan kepada rakyat," katanya.

Selasa, 22 Februari 2011

kenali calon DUN kerdau


Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim

Syed Ibrahim calon BN DUN Kerdau

BN hari ini memilih naib ketua bahagian Umno Kuala Krau Syed Ibrahim Ahmad sebagai calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 4,000 penyokong BN di Dataran Sri Ketumbit, dekat Temerloh, hari ini.
Berusia 44 tahun, Syed Ibrahim adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Pemilihan anak jati tempatan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar itu dipercayai mampu mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ke-16 negara selepas pilihan raya umum 2008.
Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN itu, berkata pemilihan Syed Ibrahim dibuat selepas melalui beberapa saringan di peringkat bahagian Umno dan badan perhubungan Umno negeri sebelum diputuskan pucuk pimpinan.

"Selepas melalui beberapa saringan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memutuskan calon berkenaan dua hari lalu," kata Muhyiddin.
Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN pada 12 Februari lalu.


Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim, dengan majoriti 1,615 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon BN itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk G Palanivel, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M Kayveas serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN dan Umno peringkat negeri Pahang.

Muhyiddin berkata semua pihak perlu akur dengan calon yang diumumkan bertanding di kerusi DUN berkenaan.

"Terimalah dengan ikhlas, terimalah calon kita dengan semangat perpaduan, kerana apa yang paling penting ialah parti Umno dan BN, dan bukannya calon," katanya.


Ahad, 20 Februari 2011

Kempen Tambah Ahli Pertubuhan Khairat Kematian Sungai Kechil

Bagunan Pertubuhan Khairat Kematian Sungai Kechil

kepada anak-anak muda yg belum lagi jd ahli jom pakat-pakat daftar...
terbuka kepada semua masyarakat beragama islam..





Khamis, 17 Februari 2011

Kerajaan BN terus bela nasib rakyat - Najib


PETALING JAYA 17 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela nasib setiap rakyat berdasarkan prinsip keadilan sosial.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga akan terus memperjuangkan agenda itu berdasarkan gagasan 1Malaysia iaitu mendahulukan rakyat.
"Sebagai sebuah kerajaan, kami bukan sahaja menghormati kepelbagaian budaya, agama dan bahasa tetapi juga menegakkan prinsip rakyat didahulukan, bersendikan kepada keadilan sosial," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Pesta Capgome dan penyampaian sumbangan sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada penduduk di kawasan Petaling Jaya Selatan hari ini.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai.
Seramai 650 orang yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan angpau dalam majlis yang dihadiri kira-kira 2,500 orang daripada pelbagai kaum itu.
Najib berkata, kerajaan telah membelanjakan RM1.2 bilion untuk pelbagai program menolong orang miskin termasuk miskin tegar dan masyarakat berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal dan OKU.
Beliau berkata, peruntukan itu adalah satu jumlah yang amat besar namun kadang-kadang ada pihak tidak menghargai apabila diberi bantuan sebegitu besar.
"Pembangkang bagi RM100 riuh satu kampung, (sedangkan) kita (kerajaan) bagi lebih banyak daripada pembangkang.
"Kita tidak membuang masa mentadbir negara. Kita tidak bergaduh tak tentu pasal. Kita tidak keluar parti macam parti tertentu. Kita tidak buat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kita tahu tidak berfaedah," katanya.
Sebab itu jelasnya, kerajaan BN akan terus membawa negara ke arah pembangunan dan membela nasib setiap rakyat berdasarkan prinsip keadilan sosial.
Najib berkata, majlis yang diadakan pada hari ini jelas membuktikan bahawa konsep 1Malaysia dihayati kerana ia dihadiri oleh pelbagai kaum.
"Walaupun ini adalah perayaan untuk kaum Cina, tetapi kehadiran pelbagai kaum menunjukkan kita menyambutnya dengan penuh kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.
"Saya tahu ramai juga minat menerima angpau. Saya juga minat terima angpau tetapi angpau dalam bentuk sokongan rakyat kepada kerajaan BN," katanya.

SELAWAT SYIFA

Allahumma salli 'ala Muhammad..
tibbil kullu biwadawa iihaa..
wa'afitil absariwasyifa iihaa
wa nuril absori wa jila iihaa
wa aala aalihi wa sahbihi wa barik wasalim..
selamat mengamalkannya..

Rabu, 16 Februari 2011

wajib baca...JAWAPAN TUN kepada POK NIK


1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

By: Dr. Mahathir Mohamad

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

Robert Kuok
T. Ananda Krishnan
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Robert Kuok kekal sebagai individu terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan sebanyak RM50.04 bilion, demikian menurut tinjauan terbaharu majalah Malaysian Business di sini.
Taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan pula berada dalam kedudukan semakin selesa apabila berjaya merapatkan jurang kekayaan yang dimiliki bernilai RM45.78 bilion.
Nilai kekayaan Ananda meningkat hampir 70 peratus berikutan pertambahan nilai Maxis dan tindakannya menjadi tiga syarikatnya sebagai syarikat milik persendirian.
Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow pula berada pada kedudukan ketiga sebagai individu terkaya negara dengan kekayaan RM12.77 bilion diikuti Tan Sri Lee Shin Chen, Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Bhd. dengan mengumpul kekayaan sebanyak RM12.74 bilion.
Pengerusi Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay kekal ditempat kelima dengan nilai harta RM10.89 bilion dan tempat keenam, Pengerusi Kumpulan Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan, meningkat daripada kedudukan ketujuh dengan kekayaan RM7.09 bilion.
Satu-satunya individu Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pula berada kedudukan ketujuh dengan nilai kekayaan RM8.84 bilion, peningkatan hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Balu Tan Sri Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua pula berada di kedudukan kelapan dengan anggaran kekayaannya RM7.43 bilion.
Tan Sri Tiong Hiew King, Pengerusi Rimbunan Hijau pula ditempat kesembilan dengan memiliki kekayaan sebanyak RM4.77 bilion dan hartawan Singapura, Ong Beng Seng didakwa berada pada kedudukan ke-10 dengan nilai aset RM3.98 bilion.
Beng Seng merampas kedudukan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent apabila kekayaannya menyusut menyebabkan ia hanya sekadar berada di tempat ke-12.
Sementara itu, senarai individu-individu terkaya menerima tiga nama baru dengan kemasukan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum dan Pengerusi Eksekutif Supermax Corporation Bhd. , Datuk Seri Stanley Thai serta Naib Pengerusi Eksekutif Tan Chong Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew.
Menurut Malaysian Business, jumlah kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia meningkat lebih daripada 30 peratus didorong oleh peningkatan pasaran saham dan peluasan ekonomi.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu itu berdasarkan nilai pegangan saham dalam syarikat-syarikat tersenarai sehingga 21 Januari lalu.
Jumlah kekayaan kesemua individu itu sekarang bernilai RM206.27 bilion sehingga 21 Januari 2011 berbanding RM156.7 bilion tempoh yang sama tahun lalu.
Keseluruhan pertambahan itu adalah seiring dengan kenaikan 20 peratus FBM KLCI sejak tinjauan terakhir.
Tambahnya, tahun ini menyaksikan bilangan individu terkaya lebih banyak iaitu sebanyak 27 orang, bertambah lima daripada 2010.


Selasa, 15 Februari 2011

Info Agama:Dilema Abu Ubaidah bunuh bapa sendiri

 DALAM perang Badar banyak peristiwa yang menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua. Antaranya ia menyaksikan majikan dibunuh oleh hambanya sendiri, seperti yang berlaku terhadap Bilal yang membunuh bekas majikannya, Umayyah bin Khalaf.
Selain itu, terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan pembunuhan antara anak beranak (anak membunuh bapa), adik beradik dan saudara mara,
Walaupun mereka mempunyai hubungan darah dan persaudaraan tetapi disebabkan mahu menegakkan Islam, masing-masing terpaksa menghadapi situasi yang tidak ubahnya seperti ditelan mati mak, diluah mati bapa.
Cinta terhadap Islam mengatasi segala-galanya hatta terpaksa membunuh bapa sendiri.
Antara peristiwa yang membabitkan pembunuhan bapa sendiri ialah bagaimana seorang sahabat baginda, Abu Ubaidah Al Jarrah yang terpaksa membunuh bapanya sendiri, Abdullah Al Jarrah.
Tetapi, ia bukan sesuatu yang disengajakan. Si anak tidak mempunyai pilihan setelah bapanya tetap menolak Islam walaupun puas dipujuk.
Dalam kes Abu Ubaidah, bapanya sendiri yang mencarinya sewaktu perang tersebut kerana Abdullah mahu membunuh anaknya itu.
Ia ekoran Abu Ubaidah dikatakan sanggup membuang keluarga semata-mata untuk memeluk Islam termasuk meninggalkan Mekah dan menjadi pengikut Nabi Muhammad.
Abu Ubaidah adalah anak yang paling disayangi oleh bapanya yang merupakan seorang saudagar.
Segala harta kekayaan Abdullah diturunkan kepada Abu Ubaidah termasuk memberi modal untuk berniaga.
Tetapi Abdullah sangat kecewa dan memutuskan hubungan dengan Abu Ubaidah apabila anaknya itu memeluk Islam. Malah, Abu Ubaidah turut di seksa selain kekayaannya dirampas.
Dalam keadaan sehelai sepinggan Abu Ubaidah mengadu nasib kepada Rasulullah SAW.
Abdullah bertambah sakit hati apabila anaknya itu turut berhijrah ke Madinah. Sejak itu, Abdullah sentiasa berazam untuk membunuh Abu Ubaidah.
Kemarahan Abdullah terhadap anaknya makin bertambah apabila Abu Jahal sentiasa mengapi-apikannya supaya meneruskan niatnya untuk membunuh Abu Ubaidah.
Jika Abdullah sanggup membunuh anaknya sendiri, maka sebagai ganjaran dia akan dilantik menjadi salah seorang pembesar yang paling terhormat seluruh Tanah Arab.
Abu Ubaidah sendiri menyedari niat bapanya itu. Semasa Perang Badar beliau sentiasa mengelak daripada terserempak atau bertembung dengan bapanya.
Namun atas maklumat tentera Quraisy yang ternampak kelibat Abu Ubaidah, mereka segera memberitahu kedudukan si anak itu kepada Abdullah.
Sebaik mengetahui kedudukan Abu Ubaidah, Abdullah pun segera meluru dan memburu anaknya.
Menyedari tindakan bapanya itu, Abu Ubaidah melarikan diri supaya seboleh-bolehnya beliau tidak mahu berdepan dengan bapanya sendiri.
Tetapi akhirnya Abu Ubaidah tidak boleh melarikan diri lagi. Beliau berjaya dipintas oleh bapanya dan mereka akhirnya berdepan antara satu sama lain.
Lalu dia merayu kepada bapa supaya antara mereka tidak saling berbunuh-bunuhan dan mengakui kebenaran mengenai Islam supaya masing-masing selamat.
Namun Abdullah dengan pedang yang terhunus tidak menghiraukan kata-kata anaknya itu.
"Aku tidak akan tunduk kepada tuhan Muhammad. Aku rela mati daripada menyembah tuhan kamu itu," balas Abdullah.
Abdullah yang hilang pertimbangan terus menghunus pedang untuk memenggal kepala anaknya. Abu Ubaidah tidak membalas dan hanya bertahan daripada serangan dari bapanya itu.
Tetapi tindakan tidak melawan itu membuakkan lagi kemarahan si bapa dan terus menyerang Abu Ubaidah bertubi-tubi.
Akhirnya perkara yang menyayat hati berlaku apabila Abu Ubaidah tanpa ada sebarang pilihan terpaksa membunuh bapa yang beliau sangat hormati dan sayangi.
Abdullah cedera parah apabila terkena libasan pedang anaknya. Sebaik bapanya cedera Abu Ubaidah terus membuang pedang lalu memangku dan mendakap ayahnya. Beliau menangis tersedu-sedu sambil meminta maaf kerana terpaksa membunuh. Si ayah akhirnya mati di pangkuan anaknya sendiri dan Abu Ubaidah mengambil masa yang agak lama untuk menerima hakikat kematian yang sebegini.

Isnin, 14 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum…kami warga kerja blog jkkkp sg,kechil ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.Renungan,12 Rabiulawal umat Islam menyambut hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda diutuskan oleh Allah SWT bagi membawa umatnya ke jalan yang mulia, jalan yang diberkati Allah SWT.Semoga hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. dapat dihayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang terhadap junjungan besar kita.

 Ø³Ù€Ù€Ù…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…


آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ Ùˆَ عَÙ„Û“ِ آلِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ


Salam dan Selamat menyambut Maulidul Rasul.

---------------------------------------

Khamis, 10 Februari 2011

Seramai 4,281 rakyat Malaysia di Mesir sudah kembali

 
11/02/2011 12:17pm

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Sehingga ini seramai 4,281 rakyat Malaysia telah berjaya dibawa pulang dari Mesir, termasuk 451 orang yang tiba di KLIA dengan penerbangan Malaysia Airlines MH 8031 pada 2.20 pagi tadi.

Seramai 268 warga Malaysia dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines SV 838 pada pukul 3.30 petang ini, menurut jurucakap Kementerian Luar di sini hari ini.
Beliau berkata, pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi adalah kerana syarikat penerbangan itu tidak mempunyai perkhidmatan ke Malaysia.
"Bas yang disediakan untuk membawa rakyat Malaysia dari Changi akan berhenti di perhentian bas di Larkin, Johor, Melaka Central, Seremban dan Universiti Putra Malaysia di Serdang” katanya.
Seramai 100 orang lagi rakyat Malaysia dibawa pulang dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia yang dijangka mendarat di Pangkalan TUDM di Subang pada 3 petang ini. – Bernama

Isnin, 7 Februari 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG JKKKP SUNGAI KECHIL

Panggilan Untuk Kecemasan

IBU PEJABAT POLIS DAERAH NEGERI PULAU PINANG (IPD)

NO DAERAH TEL/FAX




1 IPD Timur Laut



04-218 1822





(F) 04-228 6503

2 IPD Barat Daya



04-866 9222





(F) 04-866 8822

3 IPD Seberang Perai Utara


04-332 2222





(F) 04-324 0010

4 IPD Seberang Perai Tengah

04-538 2222





(F) 04-537 5368

5 IPD Seberang Perai Selatan

04-582 4222





(F) 04-582 0787













BALAI POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

NO TELEFON BALAI POLIS




1 Bukit Tambun



04-588 7204

2 Nibong Tebal



04-593 1404

3 Simpang Ampat



04-588 7300

4 Sungai Bakap



04-582 4404

HOSPITAL

Hospital Seberang Jaya

No. Telefon : 04-3983333

Bandar Baru


No. Fax : 04-3970754

Jalan Tun Hussein Onn

http://hsbjy.moh.gov.my

10450 Seberang Jaya










Hospital Sungai Bakap




Seberang Perai Selatan




14200 Sungai Jawi





No. Telefon : 04-5824333




No. Fax : 04-5822494

Peta Kawasan Sungai Kechil

Pengikut