.

KEMPEN TAMBAH AHLI PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN SG.KECHIL KINI DIBUKA JOM DAFTAR !!!

Khamis, 7 April 2011

Tolak Pembangkang, Perkukuh BN

KUCHING, 6 April – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusuf menyeru jentera BN untuk terus memperkukuhkan parti bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Katanya, jentera parti perlu terus melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh tanpa ada rasa leka agar parti-parti pembangkang tidak mempunyai ruang dan peluang atas kelemahan yang ditimbulkan oleh mereka.
“Pembangkang tentunya akan membuat pelbagai tipu muslihat dan putar belit supaya rakyat tidak senang dengan BN dan terus menolak kita, jadi kita perlu tangkis semua spekulasi dan terangkan kepada para pengundi,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menjelaskan bahawa BN telah realitikan setiap apa yang dikata sedangkan pembangkang hanya tahu melaungkan janji dan kata-kata manis kepada rakyat.
“Kita lihat bagaimana mereka mainkan propaganda berkaitan pakatan pembangkang sedangkan mereka tidak sepakat. BN tidak begitu kerana telah laksanakan dengan satu lambang bagi menghadapi pilihan raya sebaliknya, Pas dengan bulannya, DAP dengan roketnya manakala PKR dengan matanya dan SNAP pula entah apa lambangnya.
“Isu pembangkang kata kita tidak ada pelapis juga adalah sesuatu yang tidak benar kerana kita telah buktikan bahawa calon-calon baru adalah orang muda yang mempunyai wibawa sebagai pemimpin,” jelasnya.
Tambah beliau lagi, BN sentiasa memberi ruang dan peluang kepada generasi muda untuk laksanakan transformasi dan transisi dalam kepimpinan dengan melihat setiap anggota dalam kompenan BN terus berkembang dan sentiasa relevan.
“Kita mewakili semua lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang sama ada profesionalisme, agama dan pendidikan yang menunjukkan kita menawarkan yang terbaik dari pucuk pimpinan hinggalah ke akar umbi.
“Calon kita adalah seseorang yang boleh berkhidmat tanpa mengira masa dan tenaga serta tahu apa yang akan dilaksanakan untuk kepentingan keseluruhan rakyat.”
Tegasnya, rakyat perlu terus memberi kembali mandat kepada BN agar segala perancangan berkaitan pembangunan, ekonomi, frasarana dan pelbagai perkara yang telah dirancangan untuk kesinambungan berterusan akan dapat dilaksanakan.
“Sekiranya BN tidak diberi mandat maka tentunya segala perancangan akan terjejas dan pada masa hadapan Negara akan ketinggalan,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau turut mengulas berkaitan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telahpun mengadakan turun padang bagi bertemu dengan para pengundi.
“Saya sudah mendapat maklumat berkaitan beliau yang mula bertandang berkunjung ke pekan-pekan dan kedai-kedai makan dan membuat sesi ceramahnya tetapi malangnya tiada sambutan dari khalayak kerana semua sudah tahu siapa Anwar Ibrahim.”
Katanya, ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak sendiri tidak mahu melayan kerenahnya yang hanya mahu menggula-gulakan rakyat untuk undi.
“Dalam hal ini, kita tidak pernah ambil peduli terhadap pakatan pembangkang kerana apa yang penting bagi kita adalah gerak kerja teratur dan memantapkan jentera BN bagi memastikan kita terus beroleh kemenangan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SELAMAT DATANG KE BLOG JKKKP SUNGAI KECHIL

Panggilan Untuk Kecemasan

IBU PEJABAT POLIS DAERAH NEGERI PULAU PINANG (IPD)

NO DAERAH TEL/FAX




1 IPD Timur Laut



04-218 1822





(F) 04-228 6503

2 IPD Barat Daya



04-866 9222





(F) 04-866 8822

3 IPD Seberang Perai Utara


04-332 2222





(F) 04-324 0010

4 IPD Seberang Perai Tengah

04-538 2222





(F) 04-537 5368

5 IPD Seberang Perai Selatan

04-582 4222





(F) 04-582 0787













BALAI POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

NO TELEFON BALAI POLIS




1 Bukit Tambun



04-588 7204

2 Nibong Tebal



04-593 1404

3 Simpang Ampat



04-588 7300

4 Sungai Bakap



04-582 4404

HOSPITAL

Hospital Seberang Jaya

No. Telefon : 04-3983333

Bandar Baru


No. Fax : 04-3970754

Jalan Tun Hussein Onn

http://hsbjy.moh.gov.my

10450 Seberang Jaya










Hospital Sungai Bakap




Seberang Perai Selatan




14200 Sungai Jawi





No. Telefon : 04-5824333




No. Fax : 04-5822494

Peta Kawasan Sungai Kechil

Pengikut