.

KEMPEN TAMBAH AHLI PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN SG.KECHIL KINI DIBUKA JOM DAFTAR !!!

Isnin, 25 April 2011

Anwar Lelaki Y

ANWAR Ibrahim hadir di mahkamah bagi mendengar penggulungan kes liwat terhadap bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari di Mahkamah Tinggi Jenayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.
Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.
Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.
''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.
Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan tertuduh perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.
Selain itu, beliau menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.
Niat tertuduh untuk melakukan perbuatan tersebut juga jelas kelihatan pada beberapa insiden yang berlaku sebelum dan pada hari kejadian.
Mohd. Yusof menyatakan, tertuduh berulang kali meminta Mohd. Saiful Bukhari untuk datang ke Kondominium Desa Damansara malah pada hari kejadian, Anwar sekali lagi mengingatkan pengadu agar ke tempat kejadian dengan membawa gel pelincir, KY Jelly.
''Tertuduh boleh berbincang mengenai jadual kerjanya dengan mangsa sewaktu masih berada di pejabat tetapi dia tidak berbuat demikian malah turut meminta Mohd. Saiful Bukhari membawa KY Jelly. Apa perlunya diminta membawa pelincir tersebut sekiranya hanya ingin berbincang mengenai jadual kerja?'' katanya.
Sepanjang perbicaraan selama 57 hari, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.
Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok.

Liwat: Keputusan panggil Anwar bela diri 16 Mei

26/04/2011 11:28am

KUALA LUMPUR 26 April – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 16 Mei ini bagi membuat keputusan sama ada memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - Sumber Utusan Malaysia

Khamis, 14 April 2011

Polis kenal pasti lelaki dalam video seks




KUALA LUMPUR 14 April - Polis telah mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China dalam rakaman video yang didedahkan oleh trio Datuk T baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, identiti lelaki berkenaan dikenal pasti setelah polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk merekodkan keterangan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dikaitkan dengan video berkenaan.
"Polis telah mengetahui siapa lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video itu, tetapi tidak perlu saya dedahkan nama individu terbabit.
"Identiti lelaki berkenaan dikenal pasti melalui bukti dan fakta yang kukuh selepas pakar mengesahkan video itu adalah sahih. Berkenaan perempuan itu, pasukan siasatan lebih mengetahui," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Tambahnya, rakaman yang diserahkan oleh trio Datuk T itu juga akan dianalisis oleh pakar-pakar lain termasuk dari dalam dan luar negara.
Selain enggan mendedahkan identiti lelaki berkenaan, Ismail turut tidak menjelaskan lokasi rakaman itu dibuat dan pihak yang mendalanginya kerana mengikut prosedur siasatan ia tidak boleh diberitahu ketika ini.
Ditanya sama ada lelaki yang melakukan seks dalam rakaman tersebut akan dikenakan tindakan, beliau berkata, polis serta pendakwa raya akan menyemak dari pelbagai sudut setelah siasatan selesai dilakukan.
Ismail memberitahu, polis juga setakat ini belum menerima maklumat berhubung pendaftaran pembelian jam tangan jenama Omega daripada pengedarnya.
"Tetapi kita percaya, maklumat pembelian jam itu akan diserahkan oleh pengedarnya dalam tempoh terdekat,'' ujarnya.
Katanya, siasatan mengenai rakaman video seks itu dijangka dapat diselesaikan minggu hadapan sebelum kertas siasatan diserahkan semula kepada Pejabat Pendakwa Raya.

SUMBER DARI UTUSAN MALAYSIA

Raja Petra Akui Terpedaya Dengan Janji Anwar Untuk Tubuh Kerajaan


KUALA LUMPUR: Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.
Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.
"Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual bahagian kedua itu itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
Raja Petra berkata kegagalan pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijamin oleh Anwar telah melunturkan harapan pengundi yang menyokong pembangkang.
Malah kata Raja Petra kabinet bayangan pun pakatan pembangkang tidak mampu tubuhkan.
"Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet. Anwar kata tidak perlu shadow kabinet..tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet. Tidak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah.
"Tapi sekiranya shadow kabinet pun kita tidak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet. Pengundi-pengundi ingin tahu," katanya.
Beliau berkata sekiranya sebagai pembangkang pun belum boleh buktikan kebolehan mereka, bagaimana pengundi hendak yakin bahawasanya pembangkang boleh menjadi kerajaan.
"Sebab menjadi pembangkang lebih senang, kerana apabila kita jadi pembangkang, kita membangkang saja, kita tak perlu laksanakan. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kita perlu laksanakan apa yang kita kritik semasa kita menjadi pembangkang," katanya.
Raja Petra berkata: "It is not so easy...kritik senang. Melaksanakan apa yang kita cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau sebagai pembangkang pun gagal, sudah tentu rakyat kurang yakin sebagai satu kerajaan."

Justeru Anwar sudah hilang kredibiliti dan gagal sebagai seorang pemimpin, katanya.
Beliau berkata janji-janji kosong yang ditaburkan oleh Anwar, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Anwar.
Malah katanya dalam pakatan pembangkang pun, Anwar tidak dihormati dan ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.
"Jadi di sini nampaknya Anwar gagal menjaga parti-parti komponen...dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tidak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi," katanya.
Raja Petra berkata selain itu, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

"Dalam kerajaan negeri Selangor saja, perselisihan faham antara PAS, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) amat ketara.
"Misalan di Selangor, (Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr) Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar PAS. PAS kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang PAS tidak terima.
"Jadi di dalam PAS pun, mereka tak bersatu. DAP pulak mengatakan tidak boleh...jadi kecoh," katanya.
"Contohnya, dalam isu penjualan arak di Selangor. Kita ambil satu isu saja, beer misalnya, orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tidak boleh rampas. What is the policy (apakah dasarnya yang sebenar)?," katanya.
Raja Petra berkata Anwar yang sepatutnya jadi penasihat ekonomi kerajaan Selangor, "ada pernah ke Anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi Anwar diam."
"Sementara di bawah bergaduh, itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik... a leader knows how to control his soldiers (seorang pemimpin tahu bagaimana untuk mengawal pegawainya)," katanya.
Beliau berkata selepas tiga tahun berkuatkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.
Kini "ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned...mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang," katanya.
Menyentuh mengenai kes liwat yang dihadapi Anwar, Raja Petra mendakwa ianya banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
"Sekarang ini kebanyakan orang keliru sebab timbul isu postpone, pergi mahkamah , postpone. Orang tidak mampu follow.
"Kita kena faham. Bukan semua orang lawyer. Kadang-kadang lawyer sendiri pun keliru, lagikan pulak orang macam kita yang bukan lawyer. So lama-lama orang dah tidak boleh ikut kes ini. Too confusing, tidak tahu what is going on, baik selesai saja kes ini once and for all," katanya. - BERNAMA

DATUK SERI NAJIB MEMBERI NASIHAT KEPADA RAKYAT MIRI !!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penduduk Sarawak akan mempunyai masa depan yang lebih baik di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), iaitu sebuah kerajaan yang mempunyai masa depan dan matlamat yang jelas.

"Anda mempunyai masa depan yang cerah, jangan biarkan ia berlalu pergi. Kami telah pun merangka masa depan bagi tempoh 10 tahun akan datang, satu rangka tindakan menyeluruh ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat.

BERNAMA melaporkan Beliau menasihati penduduk Miri agar tidak terburu-buru,sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada BN.

"Kami mahu sebuah kerajaan lebih kuat yang diwakili oleh semua kaum di Sarawak agar kita dapat bekerja bersama-sama demi masa depan Sarawak," katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan dan Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Turut hadir ialah calon BN,Datuk Lee Kim Shin bagi kerusi DUN Senadin, Andy Chia (DUN Pujut), Rosey Yunus (DUN Bekenu) dan Ripin Lamat (DUN Lambir).Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi jaminan kepada rakyat bahawa peralihan kuasa di Sarawak akan berlaku dan ia akan dilaksanakan dengan cara yang baik memandangkan pemimpin negeri ini telah mengumumkan rancangan untuk melepaskan jawatan apabila tiba masanya.

"beliau (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) perlu menyediakan pemimpin pelapis seterusnya untuk mengambil alih kepimpinan dalam memastikan kestabilan yang berterusan di negeri ini.Saya boleh beri jaminan ia akan berlaku. Ia akan berlaku. Jangan jadikan ini isu," tegas Perdana Menteri.

Beliau berkata kerajaan persekutuan akan turut membantu dan memberi sokongan kepada penduduk Sarawak dalam membuat persiapan ke arah masa depan mereka.Perdana Menteri menegaskan tiada kerajaan alternatif yang lebih baik daripada BN dan menurutnya pertumbuhan ekonomi dan keyakinan pelabur dan pihak luar terhadap Malaysia adalah bukti bahawa Malaysia di bawah BN mempunyai masa depan baik.

Katanya beberapa pilihan raya kecil yang diadakan di seluruh negara baru-baru ini yang memberikan kemenangan besar kepada BN juga membuktikan sokongan sudah kembali kepada BN.Oleh yang demikian beliau menggesa rakyat Sarawak untuk bekerjasama dan berganding bahu dan berada dalam kerajaan untuk menggerakkan Sarawak khususnya dan negara amnya ke tahap kemajuan lebih tinggi.Beliau juga yakin rakyat di negeri ini akan mendapat banyak faedah apabila Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) dilaksanakan sepenuhnya.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut membidas DAP yang telah melabelkan pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai "Orang Utan",menyatakan mereka kejam dan tidak seperti pemimpin SUPP yang bersifat budiman dan berpengalaman dalam berkhidmat kepada rakyat.

Mengenai pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Anwar telah kehilangan kewibawaannya,meskipun dalam kalangan sekutunya sendiri.Beliau berkata rancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan pada 16 Sept, 2008 adalah pembohongan paling besar yang dilakukannya dalam abad ini.

Khairy Yakin BN Dapat Kepercayaan Pengundi Bentuk Kerajaan Negeri



Kuching 15 April – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yakin parti itu akan dapat membentuk kerajaan negeri pada 16 April ini setelah mendapat mandat daripada rakyat untuk meneruskan kecemerlangan pembangunan di negeri tersebut.
Menurut beliau, hasil penelitian dan melihat perkembangan sokongan daripada pengundi, BN bukan sahaja akan dapat membentuk kerajaan malah akan menggagalkan hasrat pembangkang untuk menafikan dua pertiga majori kemenangan BN nanti.
“Sekiranya pembangkang sendiri tidak mahu akui boleh menang, kenapa kita (pengundi) nak pilih mereka lagi sedangkan apa jua pembangunan di negeri ini adalah hasil usaha keras pemimpin BN untuk kesejahteraan rakyat.
“Pembangkang ini umpama manusia dua kepala yang mana masing-masing dengan hala tuju sendiri dan tidak ada kesepakatan. Pertembungan sesama sendiri. Berbanding dengan BN, kita daripada semenanjung datang bukannya untuk mengajar tetapi untuk membantu BN di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian projek tebingan Sg Bintangor & Pelancaran Projek Heritage Trail kg Masjid ke kg Bintangor,yang disempurnakan oleh Datuk Abang Johari Tun Hj Abang Openg, di sini, malam tadi.
Khairy seterusnya menambah, budaya kempen pembangkang mencemari kempen pilihan raya negeri apabila ianya  penuh dengan budaya fitnah dan caci maki.
“Kita perlu tolak mereka yang yang lempar fitnah dan janji macam-macam. Kalau kita dengar ceramah mereka,  mungkin kita akan jatuh cinta kerana mereka janji bintang dan langit.Namun apakah yang dijanjikan itu suatu yang realiti. Cuba tengok di Selangor, Pulau Pinang dan negeri lain yang diperintah mereka hari ini.
“Justeru pengundi kena tolak pembangkang ini. Kalau rakyat Sarawak mengundi mereka, bukan sahaja janji tidak ditunaikan, malah tidak membela rakyat dan tidak  membela orang susah,” katanya.

Raja Petra Nafi Tuduh Najib Atau Rosmah Terlibat Kes Pembunuhan Altantuya



Kuala Lumpur, 13 April – Pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.
Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka mendesak tindakan itu diambil bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meletakkan jawatan.
“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu tempat hutan. Dan saya dok fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
Raja Petra berkata dalam Akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.
“Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini.
“Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan.
Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata: “Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi, dan untuk orang-orang ini ke depan.
“Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis,” katanya.
Raja Petra berkata individu yang memberinya maklumat tersebut terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.
Selain itu, seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
Beliau berkata dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kepada Nik Azmi kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu dan bertanya “Apa yang kau harapkan untuk dicapai? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak sekat Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah.”
Raja Petra berkata beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar.
“Din Merican pun hubungi saya balik, dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi lampu hijau. Dia kata okey, orang ini tak ada masalah, apa dia cakap kita boleh percaya.
“Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar..Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini…dia kata teruskan. Saya pun teruskan,” katanya.
Raja Petra berkata kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.
Sementara itu, TV3 akan menyiarkan sambungan temu bual ekslusifnya dengan Raja Petra esok dalam Buletin Utama pukul 8 malam.

Khamis, 7 April 2011

BN Lancar Manifesto “Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN”

Manifesto BN...Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama kepimpinan yang lain   menjulang manifesto BN bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ketika majlis pelancarannya di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) dekat Kampung Bandong. Turut hadir calon BN DUN, N.49 Nangka, Dr Annuar Rapaee (kiri) dan calon BN kerusi DUN N.47 Bawang Asan, Datuk Seri Wong Soon Koh (kanan).Foto-Bernama


SIBU 7 April  -  Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifestonya bertemakan “Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN” bagi menghadapi pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.

 Manifesto itu mengandungi sembilan perkara iaitu:

1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak
2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum
3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua
4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua
5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita
6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara
7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik
8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan
9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia
Pelancaran itu diumumkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan MUC, Kampung Bandung, di sini, sebentar tadi.

Tolak Pembangkang, Perkukuh BN

KUCHING, 6 April – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusuf menyeru jentera BN untuk terus memperkukuhkan parti bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Katanya, jentera parti perlu terus melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh tanpa ada rasa leka agar parti-parti pembangkang tidak mempunyai ruang dan peluang atas kelemahan yang ditimbulkan oleh mereka.
“Pembangkang tentunya akan membuat pelbagai tipu muslihat dan putar belit supaya rakyat tidak senang dengan BN dan terus menolak kita, jadi kita perlu tangkis semua spekulasi dan terangkan kepada para pengundi,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menjelaskan bahawa BN telah realitikan setiap apa yang dikata sedangkan pembangkang hanya tahu melaungkan janji dan kata-kata manis kepada rakyat.
“Kita lihat bagaimana mereka mainkan propaganda berkaitan pakatan pembangkang sedangkan mereka tidak sepakat. BN tidak begitu kerana telah laksanakan dengan satu lambang bagi menghadapi pilihan raya sebaliknya, Pas dengan bulannya, DAP dengan roketnya manakala PKR dengan matanya dan SNAP pula entah apa lambangnya.
“Isu pembangkang kata kita tidak ada pelapis juga adalah sesuatu yang tidak benar kerana kita telah buktikan bahawa calon-calon baru adalah orang muda yang mempunyai wibawa sebagai pemimpin,” jelasnya.
Tambah beliau lagi, BN sentiasa memberi ruang dan peluang kepada generasi muda untuk laksanakan transformasi dan transisi dalam kepimpinan dengan melihat setiap anggota dalam kompenan BN terus berkembang dan sentiasa relevan.
“Kita mewakili semua lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang sama ada profesionalisme, agama dan pendidikan yang menunjukkan kita menawarkan yang terbaik dari pucuk pimpinan hinggalah ke akar umbi.
“Calon kita adalah seseorang yang boleh berkhidmat tanpa mengira masa dan tenaga serta tahu apa yang akan dilaksanakan untuk kepentingan keseluruhan rakyat.”
Tegasnya, rakyat perlu terus memberi kembali mandat kepada BN agar segala perancangan berkaitan pembangunan, ekonomi, frasarana dan pelbagai perkara yang telah dirancangan untuk kesinambungan berterusan akan dapat dilaksanakan.
“Sekiranya BN tidak diberi mandat maka tentunya segala perancangan akan terjejas dan pada masa hadapan Negara akan ketinggalan,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau turut mengulas berkaitan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telahpun mengadakan turun padang bagi bertemu dengan para pengundi.
“Saya sudah mendapat maklumat berkaitan beliau yang mula bertandang berkunjung ke pekan-pekan dan kedai-kedai makan dan membuat sesi ceramahnya tetapi malangnya tiada sambutan dari khalayak kerana semua sudah tahu siapa Anwar Ibrahim.”
Katanya, ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak sendiri tidak mahu melayan kerenahnya yang hanya mahu menggula-gulakan rakyat untuk undi.
“Dalam hal ini, kita tidak pernah ambil peduli terhadap pakatan pembangkang kerana apa yang penting bagi kita adalah gerak kerja teratur dan memantapkan jentera BN bagi memastikan kita terus beroleh kemenangan,” katanya.

Rabu, 6 April 2011

Video seks: Kabinet bincang cadangan tubuh suruhanjaya

06/04/2011 3:48pm

KUALA LUMPUR 6 April – Cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks melibatkan pelaku mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikemukakan kepada Kabinet pada Jumaat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail semalam yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan.
"Apabila dia (Wan Azizah) keluar kenyataan, saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan suruhanjaya diraja, kerajaan akan dituduh terlibat.
"Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini, dan seperti saya katakan, Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu, saya rasa adalah lebih adil jika kita wujudkan Suruhanjaya Diraja yang dianggotai oleh mereka yang bebas,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
Nazri berkata bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.
"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja,” katanya.
Nazri berkata usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang menyeru agar sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.
"Saya akan memperakukan dan akan sedaya upaya meyakinkan kabinet untuk menubuhkan suruhanjaya itu,” katanya.
Semalam, Wan Azizah dalam satu sidang akhbar di kediamannya di sini, berkata Anwar bukan pelaku dalam klip video seks itu, selepas beliau dan anggota keluarganya menonton klip video hitam putih selama 107 saat itu dalam YouTube. - Bernama

Isnin, 4 April 2011

panas panas panas siapa sebenarnya lelaki ini...?


KUALA LUMPUR 4 April – Sebahagian daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini.Video yang diberi judul VTS 01 1 itu dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘thepowerman’.Rakaman video seks selama 1 minit 47 saat itu dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di hotel Seri Carcosa baru-baru ini.Rakaman video seks itu juga sudah dipaut ke beberapa laman blog dan sehingga petang ini, video asalnya di YouTube sudah ditonton oleh lebih 300 orang.Dalam rakaman tersebut, kelihatan dengan jelas tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita dipercayai pelacur dari China sedang mundar-mandir di dalam bilik dipercayai di sebuah hotel.Salah seorang lelaki itu hanya bertuala sehingga ke paras lutut tanpa memakai baju manakala seorang lagi berpakaian kemas.Pada akhir rakaman video itu, lelaki yang hanya bertuala kelihatan mendekati wanita tersebut dan memeluknya sebelum rakaman video tersebut berakhir.Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.Meskipun tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.Tiga hari kemudiannya, trio Datuk T akhirnya mendedahkan identiti mereka iaitu tiga ahli perniagaan termasuk sahabat karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan juga bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.Rakaman video seks itu juga sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.
Sumber dari utusan
SELAMAT DATANG KE BLOG JKKKP SUNGAI KECHIL

Panggilan Untuk Kecemasan

IBU PEJABAT POLIS DAERAH NEGERI PULAU PINANG (IPD)

NO DAERAH TEL/FAX




1 IPD Timur Laut



04-218 1822





(F) 04-228 6503

2 IPD Barat Daya



04-866 9222





(F) 04-866 8822

3 IPD Seberang Perai Utara


04-332 2222





(F) 04-324 0010

4 IPD Seberang Perai Tengah

04-538 2222





(F) 04-537 5368

5 IPD Seberang Perai Selatan

04-582 4222





(F) 04-582 0787













BALAI POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

NO TELEFON BALAI POLIS




1 Bukit Tambun



04-588 7204

2 Nibong Tebal



04-593 1404

3 Simpang Ampat



04-588 7300

4 Sungai Bakap



04-582 4404

HOSPITAL

Hospital Seberang Jaya

No. Telefon : 04-3983333

Bandar Baru


No. Fax : 04-3970754

Jalan Tun Hussein Onn

http://hsbjy.moh.gov.my

10450 Seberang Jaya










Hospital Sungai Bakap




Seberang Perai Selatan




14200 Sungai Jawi





No. Telefon : 04-5824333




No. Fax : 04-5822494

Peta Kawasan Sungai Kechil

Pengikut