.

KEMPEN TAMBAH AHLI PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN SG.KECHIL KINI DIBUKA JOM DAFTAR !!!

Isnin, 28 Mac 2011

Mesyuarat Persidangan UMNO Cawangan sungai kechil

27/03/2011 umno sungai kechil telah mengadakan mesyuarat persidangan tahunan,pada ahad lepas jam 9.00 pagi bertempat didewan khairat kematian sungai kechil,seramai 120 lebih ahli dan AJK telah menhadiri persidangan tersebut,wakil bahagian yg hadir ialah puan zaliza binti hasan.persidangan dimulakan dengan bacaan doa  dan nanyian lagu UMNO.mesyuarat dipengerusikan oleh En Zabidin.banyk isu-isu baru dan juga isu berbangkit disuarakan didalam  persidangan tersebut termasuk isu berbangkit iaitu pembinaan masjid baru disungai kechil ada juga isu baru yg dibahaskan iaitu tentang sistem perparitan longkang sebelum penangguhan persidangan ada ahli yang memberi pandangan tentang hala tuju perjuangan umno khususnya cawangan sungai kechil, persidanagn berakhir jam 12.30 tghhari,diakhir mesyuarat hadirin disajikan dengan menu tghhari.kemudian besrsurai.


















Ahad, 27 Mac 2011

Mesyuarat Persidangan Pemuda UMNO Cawangan sungai kechilMesyuarat Persidangan Pemuda UMNO Cawangan sungai kechil

26/03/2011 Pergerakan pemuda umno sungai kechil telah mengadakan mesyuarat persidangan tahunan,Mesyuarat ini di hadiri lebih dr 20 org turut dihadiri oleh wakil pemuda bahagian.ketua umno cawangan dan juga setiausaha umno cawangan,dipengerusikan oleh En Zabedin,Mesyuarat bermula dari jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.banyak isu-isu berbangkit telah disuarakan pada malam tersebut.seperti nama –nama  ahli pemuda yang sudah didaftar telah terkeluar ke cawangan lain.isu-isu sebegini telah berlarutan sejak beberapa tahun yang lepas mungkin pihak umno bahagian terlepas pandang hal ini dan perlu disemak semula,selepas persidangan ditangguhkan tetamu dijamu dengan makan ringan kemudian mesyuarat bersurai.






Jumaat, 11 Mac 2011

Majlis makan malam dan penyampaian hadiah

 
Ucapan dari Saudara Bakar
Para tetamu yang hadir
Saudara PON
Semalam berlangsungnya majlis jamuan makan malam dan penyampaian hadiah kepada peserta yg mengikuti program berehat sambil bersantai di negeri Kelantan anjuran kelab 1 malaysia sungai kechil.hadiah berupa hamper dan barangan lain disumbangkan oleh badan-badan NGO dan pihak penganjur.turut hadir pada malam itu ialah saudara bakar setiausaha kepada Datuk Zainal.ramai dikalangan vip dijemput pada malam itu tetapi kesibukan aktiviti yg padat mereka tidak dapat hadir tetapi menhantar wakil untuk memeriahkan majlis.jamuan makan disediakan oleh kelab 1 Malaysia sungai kechil.pada malam itu juga para jemputan diberi tiket bertuah.
Tiket Bertuah

Khamis, 10 Mac 2011

Bilionair Mexico dahului senarai manusia terkaya



Forbes dedah orang kaya Asia lebih ramai dari Eropah buat kali pertama

NEW YORK: Rakyat Mexico, Carlos Slim Helú, dengan peningkatan kekayaan AS$20.5 bilion (RM62.52 bilion) mengalahkan 1,209 lagi bilionair termasuk Bill Gates, Warren Buffett dan hartawan besi Britain, Lakshmi Mittal, untuk menduduki senarai teratas bilionair dunia, lapor majalah Forbes.
Pemilik empayar media Mexico itu memiliki kekayaan AS$74 bilion (RM224.5 bilion) untuk terus berada di puncak senarai itu buat kali kedua.
Senarai Forbes menyaksikan bilangan bilionair meningkat sebanyak 214 kepada 1,210 dengan purata kekayaan bersih AS$3.7 bilion (RM11.2 bilion).
Apa yang menarik, buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad, bilangan bilonair Asia mencecah 332 orang berbanding Eropah 300 orang manakala Amerika Syarikat terus mencatatkan bilionair paling ramai iaitu 413.
Pengasas Microsoft, Gates, yang menyumbangkan satu pertiga daripada kekayaan kepada Yayasan Bill dan Melinda, berada di tangga kedua dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion).
Pakar pelaburan, Berkshire Hathaway, berada di tempat ketiga dengan kekayaan AS$50 bilion (RM151 bilion).
Bilangan bilionair di Britain meningkat kepada 32 dengan Duke Westminster, Gerald Cavendish Grosvenor, sekali lagi dinamakan lelaki paling kaya di negara itu.
Walaupun dengan kejatuhan sektor hartanah, pemilik tanah berusia 59 tahun itu meningkatkan kekayaannya sehingga AS$13 bilion (RM40 bilion), menduduki tempat ke 57 dalam senarai 25 orang paling kaya di dunia.
Penduduk warga Britain keturunan India, Laksmi Mittal yang juga usahawan perusahaan besi, kekayaannya AS$31.1 bilion (RM94.3 bilion) menjadikan beliau orang keenam terkaya di dunia.
Enam ‘bilionair Facebook’ dalam senarai global termasuk pengasasnya Mark Zuckerberg dan Eduardo Saverin, selain bilionair termuda dunia Dustin Moskovitz, yang baru berusia 26 tahun dan usahawan Napster, Sean Parker.
Britain mempunyai tiga lagi bilionair baru berbanding tahun lalu. Senarai 10 teratas UK turut menyenaraikan adik beradik Barclays, David dan Frederick, pemilik Telegraph Media Group, dengan kekayaan AS$3.2 bilion (RM9.7 bilion).
Penulis novel Harry Potter, JK Rowling yang mencatat kekayaan AS$1 bilion (RM3 bilion) turut disenaraikan sejak beberapa tahun lalu.
Bilionair hartanah, David dan Simon Reuben mencatatkan kedudukan kedua dalam senarai orang paling kaya Britain dengan kekayaan mencecah AS$8 bilion (RM24.2 bilion) diikuti Sir Philip Green dengan kekayaan AS$7.2 bilion (RM21.8 bilion).
Reubens berada di tangga ke 114, manakala Green pada tangga ke 132.
Pemilik syarikat penerbangan Virgin, Richard Branson, pemilik tanah Charles Cadogan dan pemilik Formula One Bernie Ecclestone seterusnya dengan kekayaan mencecah AS$4.2 bilion (RM12.7 bilion).
China yang juga negara kedua ekonomi terbesar dunia selepas Amerika mempunyai 115 bilionair sementara Russia mempunyai 101 bilionair. Moscow menjadi kediaman bilionair paling ramai daripada bandar lain di dunia ini dengan 79 orang.
Lelaki Perancis, Bernard Arnault yang juga lelaki terkaya di Eropah dan pemilik kumpulan jenama mewah LVMH (Moet Hennessy Louis Vuitton), berada di tangga keempat dengan kekayaan AS$41 bilion (RM124.5 bilion).
Di Eropah, ada 300 bilionair, 50 orang lebih berbanding tahun lalu dengan 72 orang berjaya dengan usaha sendiri. Pada masa sama, walaupun ramai berjaya meningkatkan kekayaan mereka tahun lalu, ada yang merosot.
Pengasas Ikea, Ingvar Kamprad rugi teruk tahun lalu, turun daripada tangga 151 ke 162 dengan kekayaannya merosot daripada AS$23 bilion (RM69.8) kepada AS$6 bilion (RM18.2 bilion). – Agensi

Ahad, 6 Mac 2011

Sudah Dijangka PRK: BN menang besar


·  Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.
·  Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.
·  Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Ai (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).
·  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa syukur atas kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya itu.
KUALA LUMPUR 6 Mac – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu hari ini dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.
Di DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di DUN Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.
Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Air (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).
Bagi DUN Merlimau, majoriti yang diperoleh oleh calon BN meningkat kepada 3,643 undi berbanding Pilihan Raya Umum 2008 sebanyak 2,154 undi. Begitu juga di DUN Kerdau, majoriti undi BN bertambah daripada 1,615 undi pada tahun 2008 kepada 2,724 undi pada pilihan raya kecil kali ini.
Pada pilihan raya kecil ini, BN memenangi kesemua 22 saluran mengundi di DUN Kerdau, manakala 21 saluran di DUN Merlimau.
Kekalahan yang dialami oleh calon Pas pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau merupakan kali keempat berturut-turut sejak pilihan raya kecil DUN Galas, November lalu.
Calon Pas di Merlimau, Yuhaizad memperoleh 2,319 undi manakala calon Pas di Kerdau, Hassanuddin mendapat 2,336 undi.
Keputusan Pilihan Raya Kecil N27 itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini, pada pukul 8.15 malam.
Keputusan Pilihan Raya Kecil N28 pula diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman pada pukul 8.30 malam di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh.
Sebanyak 83.2 peratus pengundi DUN Kerdau keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sementara 78.98 peratus keluar mengundi di DUN Merlimau.
Di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, calon BN meraikan kemenangan bersama Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Syed Ibrahim pula meraikan kemenangan bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Pengumuman kemenangan kedua-dua calon turut dirai dengan sorakan penyokong-penyokong BN yang berada di luar dewan.

Khamis, 3 Mac 2011

Info Agama = Fadilat Hari Jumaat


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
·         Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
·         Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
·         Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
·         Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
·         Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
·         Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
·         Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

Program JPS@Komuniti bersama penduduk sungai kechil


jps@komuniti adalah satu pendekatan yang direkabentuk secara sistematik yang menggunapakai management tool D.E.E.P (Describe, Explain, Evaluate, Prescribe) sebagai alat utama didalam pengurusan sumber air diperingkat sub-lembangan di dalam daerah yang diurus tadbir secara bersepadu. Objektif utama pendekatan ini adalah menyelesaikan isu-isu berkaitan dan berada didalam kepakaran JPS terutamanya banjir, sungai dan koridornya, pantai, sumber air, saliran bandar, ramalan dan amaran banjir dan kemarau, juga pengairan dan saliran pertanian. Melalui pendekatan ini, penyelesaian dapat dilaksanakan dengan segera kepada pihak sasaran terutamanya komuniti dibawah kepimpinan Jurutera Daerah JPS.  Konsep utama jps@komuniti ini melibatkan urus tadbir di pejabat-pejabat JPS di daerah. Setiap pejabat daerah di Malaysia perlu mengenalpasti sub-lembangan yang berada didalam kawasannya yang dipilih berdasarkan kriteria-kriteria
sehubungan dengan itu jps@komuniti akan mengadakan satu program  bersama penduduk SUNGAI KECHIL yang dianjurkan oleh JPS PERSEKUTUAN pada:

Tarikh : 5 Mac 2011 (sabtu)
masa : 8.30am - 1.00pm
Tempat : Dewan JKKK Sungai Kechil

- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak kas buat Tadika KEMAS
- Aktiviti River Ranger di Sungai Kechil
- Ucapan Perasmian oleh Pengarah JPS Pulau Pinang
- Minum Pagi / Kudapan
- Taklimat JPS@Komuniti
- Taklimat 1 Negeri 1 Sungai
- Taklimat River Ranger
- Taklimat EM Mudball
- Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
- Makan Tengahari / Bersurai

DIHARAPKAN PENDUDUK SUNGAI KECHIL DAPAT MENGAMBIL BAHAGIAN DAN MENGAMBIL MANAFAAT DARIPADA PROGRAM INI.

Kenali Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary


Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.
Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.
Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
Dikatakan thn 2010 anggaran kekayaan nya sekitar RM8.84 bilion kini berada tangga ketujuh terkaya di Malaysia.

Rabu, 2 Mac 2011

1,086 penjawat awam muflis


PUTRAJAYA - Seramai 1,086 penjawat awam di negara ini diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi pada tahun 2009.Jumlah itu merupakan 1.46 peratus daripada bilangan keseluruhan 1.27 juta penjawat awam.
Sebanyak 72.74 peratus daripada mereka yang muflis adalah lelaki.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (gambar) berkata, perkara itu disebabkan mereka dibelenggu hutang yang serius sehingga membawa kepada muflis."Ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana masalah hutang boleh menjejaskan prestasi mereka dan jika prestasi terjejas teruk, tindakan tatatertib boleh diambil," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.

Bayar saman diskaun dilanjut

HISHAMMUDDIN Tun Hussein

PUTRAJAYA 2 Mac - Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas selama 10 hari lagi, bermula semalam sehingga 10 Mac ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lanjutan tempoh diskaun 50 peratus bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman tetapi gagal berbuat demikian ekoran masalah sistem tergendala serta kesesakan kaunter di seluruh negara.
''Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu.
''Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur hendak bayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai Selasa.
Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir.
Kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan kepada orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenaraihitam pesalah juga terpaksa ditangguhkan.
Sepanjang tempoh tersebut hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.
Hishammuddin menambah, keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad tanpa mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh ditetapkan.
''Mereka yang melakukan kesalahan perlulah menjelaskan saman masing-masing sepanjang tempoh 10 hari yang telah diberikan ini jika tidak mahu disenaraihitamkan," katanya.
Katanya, proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.
Dalam pada itu, orang ramai yang ingin mengemukakan sebarang rayuan berhubung kesahihan kesalahan dinasihatkan supaya mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.
SELAMAT DATANG KE BLOG JKKKP SUNGAI KECHIL

Panggilan Untuk Kecemasan

IBU PEJABAT POLIS DAERAH NEGERI PULAU PINANG (IPD)

NO DAERAH TEL/FAX




1 IPD Timur Laut



04-218 1822





(F) 04-228 6503

2 IPD Barat Daya



04-866 9222





(F) 04-866 8822

3 IPD Seberang Perai Utara


04-332 2222





(F) 04-324 0010

4 IPD Seberang Perai Tengah

04-538 2222





(F) 04-537 5368

5 IPD Seberang Perai Selatan

04-582 4222





(F) 04-582 0787













BALAI POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

NO TELEFON BALAI POLIS




1 Bukit Tambun



04-588 7204

2 Nibong Tebal



04-593 1404

3 Simpang Ampat



04-588 7300

4 Sungai Bakap



04-582 4404

HOSPITAL

Hospital Seberang Jaya

No. Telefon : 04-3983333

Bandar Baru


No. Fax : 04-3970754

Jalan Tun Hussein Onn

http://hsbjy.moh.gov.my

10450 Seberang Jaya










Hospital Sungai Bakap




Seberang Perai Selatan




14200 Sungai Jawi





No. Telefon : 04-5824333




No. Fax : 04-5822494

Peta Kawasan Sungai Kechil

Pengikut